Pengerusi Tahfiz Tiba2 Komen Kes Penceramah Rog0l Budak 14 Tahun Terus Buat Ramai Marah, Tak Sangka Ini Yang Dia Komen

Semalam tular berita mengenai seorang penceramah bebas yang ditahan akibat melakukan kesalahan seksual kepada gadis bawah umur.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Sasikala Devi Subramaniam berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu kira-kira pukul 11.15 malam.

Katanya, hasil siasatan mendapati, mangsa telah berkenalan dengan suspek berusia 30-an pada bulan Mei 2021.

“Difahamkan, mangsa dan suspek telah beberapa kali melakukan hubungan intim di beberapa lokasi yang berbeza selepas perkenalan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jen.ayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor telah berjaya membuat tangkapan ke atas suspek pada pukul 4.50 petang semalam.

Katanya, sebanyak empat kertas siasatan telah dibuka iaitu dua di Selangor, satu di Kuala Lumpur dan satu di Perak melibatkan mangsa yang sama.

Polis Perak pula terima laporan kes ro.gol penceramah bebas popular

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid (kiri) melepaskan burung tekukur pada Lawatan Kerja dan Amanat Ketua Polis Perak ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah, Seri Iskandar. - Foto NSTP/NOOR HIDAYAH TANZIZI

Polis Perak mengesahkan menerima satu laporan berhubung kes ro.gol remaja perempuan, dipercayai membabitkan seorang penceramah bebas popular, yang ditahan di Selangor, semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung laporan itu.

“Ada satu laporan polis diterima di sini (Perak) dan kita sedang jalankan siasatan. Untuk komen lanjut, kita tunggulah kerana siasatan awal dibuat oleh Polis Selangor.

“Saya difahamkan, suspek juga sudah ditahan dan kemungkinan dia akan diserahkan kepada kontinjen Perak untuk kita meneruskan siasatan,” katanya ketika ditemui pada Lawatan Kerja dan Amanat Ketua Polis Perak ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah, di sini, hari ini.

Beliau dipetik sebagai berkata, setakat ini, empat kertas siasatan sudah dibuka iaitu dua di Selangor, satu di Kuala Lumpur dan satu di Perak membabitkan pengadu yang sama.

Beliau berkata, penceramah bebas itu direman lima hari hingga Sabtu ini bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati mangsa berkenalan dengan suspek, yang juga warga tempatan sejak Mei tahun lalu.

Sementara itu seorang Pengerusi Pusat Tahfiz mempersenda kes ini

Menerusi tangkap layar daripada Facebook, seorang individu dipercayai seorang Pengerusi Pusat Tahfiz telah memberikan komen yang tidak sepatutnya terhadap kes ini.

Penceramah terkenal Firdaus Wong Wai Hung juga memberikan komen kepada individu tersebut.

Saudaraku, jikalau benar saudara adalah Pengerusi Tahfiz, maka status saudara ini teramat mendukacitakan.

Saudara Ezzat juga merupakan seorang suami & In Sha Allah mungkin juga seorang ayah. Tergamak Ezzat berkata begini?

Apa sahaja hubungan seksual dengan individu bawah umur adalah rogol walaupun suka sama suka!

Isunya bukan sama ada suka sama suka tetapi bagaimana boleh seseorang yang mempunyai kedudukan dan ilmu agama mengadakan hubungan seksual dengan gadis bawah umur andai suka sama suka sekalipun?

Cara berfikir Ezzat sangat sangat bermasalah apatahlagi kita sebagai Muslim ada hukum, adab dan akhlaknya.

Ini kita belum masuk sexual grooming dan predator seksual lagi. Jikalau tidak boleh bersimpati kepada mangsa, maka ikutlah hadis Nabi Sallalahu Alaihi Wasalam iaitu berkata baik ataupun diam.

Tangkap layar komen daripada pengerusi tahfiz tersebut.

 

 

 

 

 

Sehingga ini status yang ditulis telah dipadam dari posting asal.

Antara komen-komen netizen,

Dia Siap Cabar Untuk Orang Ramai Screenshot Dan Sebarkan. Tapi Lepas Tu Dia Delete. Tak Faham Saya Apa Yang Dia Fikirkan.

Laa.. Bukan Ustaz Pun. Pengerusi Saja. Media Awal2 Dah Petik Nama Ustaz. Apa Punya Musibatul Punya Media

Yg Musykil Macam Mana Budak Umur 14 Boleh Bebas Kesana Kemari.Krna Dgn Izin Parents Kalau Nak.Keluar.

Bagaimanakah Pandangan Nya Pada Wanita Seperti Ibu, Anak Dan Adik Perempuannya. Jika Tak Suka Mereka Mereka Di Zinai Jangan Lah Berbuat Zi.na Pada Perempuan Lain.

Isu Dia Kerana Jenayah Yang Dilakukan, Bukan Sbb Suka Sama Suka , Jenayah Seksual Bawah Umur Ni Mmg Kesalahan Berat. Jangan Menormalisasikan Jenayah Sek.sual Ni . Jika Didapati Bersalah Patut Dihukum.

Belum Kena Ke Anak Isteri Dia Bolehlah Sebarang Saja Dia Berkata. Bila Dah Terantuk Baru Nak Sedar.

Baca Komen² Beliau Yang Berjaya Di Screenshot Lebih Menjijikkan Lagi. Demi Keselamatan Anak², Ibu Ayah Patut Ban Terus So Called Kem Tahfiz Yang Beliau Kelolakan. Lebih Keji Sbb Komen2 Keji Ni Keluar Dari ‘Pengerusi Kem Tahfiz’. Dia Kata Dia Berhak Nyatakan Pandangan, Tapi Dia Lupa Hadis Nabi ﷺ – Berkata Baik Atau DIAM.

Sesiapa Pun Umur 30 40 Tahun Pun Belum Tentu Cukup Bijak Dalam Menangani Sex.ual Grooming, Apatah Lagi Umur Mentah 14 Tahun. Pre.dator Ni Memang Bijak. Genius, Macam – Macam Taktik.

Selalu Cepat Sangat Salahkan Mangsa Rog.ol Jika Melibatkan Agamawan,Walhal Tidak Terlintas Ke Istilah Se.xual Groo.ming Tu Dlm Kepala,Kebarangkalian Mangsa Diu.gut Ke Apa..Apa Punya Pengerusi Tahfiz La Kalau Lagu Ni Punya Komen?Rosak Anak Bangsa!

Sumber BH/Firdaus Wong Wai Hung – Official/RJ

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*