
Tular satu video memaparkan seorang lelaki bertindak menampar belakang kepala seorang jemaah selepas selesai menunaikan solat di Masjid An-Nur, Pangkalan Tentera Laut Diraja (TLDM) Lumut, kelmarin.
*Video Di bawah Artikel*
Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, mangsa berusia 30-an kemudian tampil membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.
“Mangsa yang juga anggota TLDM telah bersalaman dengan suspek yang tidak dikenali sebelum ditampar di belakang kepala sehingga terkena telinga sebelah kanan.
“Disebabkan tamparan itu, mangsa mengalami sakit di bahagian belakang kepala dan telinga,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook.
Nor Omar berkata, hasil siasatan awal mendapati berpunca kerana mangsa didakwa tidak memandang muka suspek ketika bersalaman menyebabkan suspek berang.
“Suspek beranggapan bahawa mangsa bersikap kurang ajar dengan suspek,” ujarnya.
Tambah beliau, kedua-dua pihak telah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Manjung untuk dirakam percakapan di bawah Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah.
“Namun begitu, mangsa tidak mahu meneruskan siasatan dan menarik semula laporan polis sekali gus diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA),” katanya.
Terdahulu, tular rakaman berdurasi 37 saat memaparkan suspek memakai baju hijau secara tiba-tiba menampar belakang kepala mangsa yang berbaju oren ketika bersalaman selepas solat berjemaah.
Video,
Komen komen netizen prihatin
Perlu Ingat Pangkat Tak Dibawa Mati…Pangkat Tak Usung Jenazah Awak Kekubur….Hina Sangat Ka Org Biasa@Orang Pangkat Rendah….Dimata Allah SWT Tak Ada Bezanya…Amalan Yang Membezakan Kita..Ingatan Utk Diri Sendiri
Dalam Rumah Allah , Tinggalkanlah Pangkat Atau Darjat Di Luar Masjid .Moga Allah Anugerahkan Kesabaran Kepada Mangsa Yang Ditampar . Yang Menampar Pulak Moga Tiada
” Tamparan ” Yang Hebat Daripada Allah Pada Masa Akan Datang .Hati Hati Jagalah Tangan Tu Jangan Mudah Naik Tangan .
Teruskan Ja Siasatan… Walaupun Dah Trik Repot …Tua2 X Cerdik….Angkuh X Bertempat…Biar Gelupur Kena Tindakkan…
Kdg Meluat Dgn Prangai Org Cmni.. Jgn Ingat Diri Tu Ada Jawatan Dlm Masjid Atau Org2 Masjid Atau Org Panggil “Org Lama” Terus Nak Tunjuk Lagak Suka2 Hati.. Sbb Sy Pun Prnah Trkene Time Niaga Bulan Puasa.. Yg Anak Acah2 Kata “Org Lama Ni, Dahulukan Org Lama Ye”.. Nasib Cust So Layankn Jelah.. Tapi Hati Panas Jelah.. Xde Rasa Nak Respect Dgn Org Cmni.. Angkuh Sgt!
Org Mcm Ni Nanti Rasa Nak Bertaubat Gi Mekah…Dia X Tau Dosa Sesama Manusia Ni Lagi Bahaya..Slagi Org Tu X Maafkan Ko…Abis La…Habluminallah Habluminannas
X Kira Lah Pangkat Apa Pn.. Kalau Dlm Masjid Ke.. Surau Ke.. Semua Yg Ada Dlm Tu Manusia Biasa Hamba Allah .. X Payah Lah Bagus Sgt.. Mungkin Ada Sbb Tertentu Dia X Pandang.. Mujur Die Masih Ada Adab Bersalam Lagi.. Lain Lah Kat Dlm Pjbt @ Jbtn Sendiri.. Yg Perlu Diberi Penghormatan..Org Baran Camni Blom Bertemu Buku Ngn Ruas Lagi Tu..Hati2 .. Balasan Allah Tu Ada..
Sifat Dalam Perkhidmatan Dibawa Sampai Ke Pencen, Udah-Udah Lah Zaman Anda Telah Berlalu Tetapi Jika Yang Duduk Sebelah Tentera Zimbabwe Dalam Perkhidmatan Agak-Agak Berani Tak Pakcik Ni Lempang? Tah-Tah Dalam Perkhidmatan Kaki Sembelit Time Nama Naik Kawat HUT Alasan Kucing Sakit ,Kambing Sakit, Sakit Urat Belikat Dll . Nota Kaki: ZAMAN KITA DAH BERLALU
Org Melayu Ni Lembut Hati, Pemaaf…Sbb Tu Slalu Kena Pijak Kepala. Dah Buat Repot Polis Tu Teruskan Je La. Sbb Tu La Pemimpin Yg Konon Bela Nasib Melayu Ni Naik Tocang Buat Sesuka Hati, Rakyatnya Tak Kisah, Pemaaf….
Kalau Tengok Semula Rakaman CCTV,, Mangsa Pandang Je Muka Suspek Tu Walaupun Sekilas Pandang..Jadi Apo Tak Puahhh Hatinyooo
Xda Video Nk Tgk…Tp Kalau Kejadian Ni Betul N Pakcik Tu Yg Salah, Walaupun Hari2 Solat Berjemaah Di Masjid Tp Ni Menunjukkan Ada Masalah Dlm Solatnya…Mungkn Sbb Riak @ Sbgainya. Wallahu A’lam
Kadang Kala Sifat Riak Dan Bongkak Seseorang Itu Terbawa Bawa Sehingga Kedalam Rumah Ibadah Sedangkan Tempat Sedemikian Diri Sepatutnya Merasa Seperti Insan Yang Kerdil Disisi Allah SWT Disebabkan Diri Masih Tidak Sempurna Sepenuhnya.
Ingat Senior Tu Mulia Sgt Ke? Sampai Kena Pandang Lama², Kat Dalam Rumah Allah Ni Semuanya Sama Taraf…. Sepatutnya Teruskan Je Report Tu ..Tu Cara Nk Mengajar Org Yg Acah² Mulia
Sumber: Facebook Polis Daerah Manjung & Perak Press
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Be the first to comment