Tanya Bab Agama ‘Dibalas’ Nombor Phone! Wanita Dakwa Penceramah Bebas Kenal Remaja Di IG, Ini Penceramah Tu Bagi Sebelum R0g0l

TULAR di media sosial mengenai seorang penceramah bebas popular ditahan polis selepas didakwa merogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun.

Pelbagai spekulasi mula timbul apabila seorang ustaz yang dikatakan memiliki lebih dari seorang isteri ini melakukan perbuatan sumbang terhadap kanak-kanak bawah umur tersebut.

Berikutan kejadian itu, seorang pengguna di TikTok membuat dakwaan dengan mendedahkan kronologi hubungan antara penceramah dengan mangsa terbabit.

Tangkap layar video yang menjadi tular.

Jelasnya pada video dimuat naik, dia yang dikenali dengan nama @qayqay mendakwa platform Instagram menjadi permulaan terjalinnya hubungan perkenalan ustaz dengan gadis itu.

Wanita itu yang mendakwa dirinya merupakan kawan baik kepada ibu mangsa berkata gadis terbabit memulakan perbualan dengan bertanya mengenai perihal agama lantas diberi nombor telefon oleh penceramah berumur 30an itu.

“Mangsa mengikuti ustaz ini dekat Instagram kemudian DM (direct message) tanya soal agama. Ustaz bagi nombor telefon katanya jarang buka DM.

“Kemudian, sampai satu hari ustaz umpan cuba teka umur saya berapa? Kalau betul saya belanja makan.

“Budak mentah macam tu apa tau (tahu). Seronok sebab nak keluar dengan orang yang popular,” tulisnya dalam video.

Dalam video seterusnya yang dimuat naik, dia turut mendakwa bahawa penceramah bebas dan gadis itu beberapa kali melakukan hubungan intim atas dasar suka sama suka.

Bagaimanapun, setelah aktiviti kotor ini diketahui oleh pihak keluarga, mereka mengambil keputusan untuk membuat laporan polis memandangkan gadis itu masih di bawah umur.

Keluarga mangsa membuat laporan polis setelah hubungan ustaz dan kanak-kanak ini diketahui.

Malah, ujar wanita itu lagi, dia tidak sanggup untuk membaca perbualan mesej ‘jijik’ antara ustaz dan kanak-kanak tersebut.

Wanita berkenaan bagaimanapun menyerahkan pihak berkuasa untuk membuat siasatan dengan empat laporan bagi setiap perbuatan terkutuk dilakukan.

Untuk rekod, penceramah bebas yang berusia 30an itu direman selama lima hari hingga 23 Julai bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Terdahulu,

Penceramah Bebas Dit4han Polis Disyaki Main Dgn Remaja Bawah Umur, Budak Perempuan Dedah Apa Yg Ustaz Itu Buat Terhadapnya

Seorang penceramah bebas telah ditahan oleh pihak polis pada Isnin bagi membantu siasatan berhubung kes mer0gol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun.

Menerusi Sinar Harian, Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi memaklumkan yang lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor selepas mereka menerima laporan daripada mangsa pada jam 11.15 minit malam Sabtu.

Sasikala berkata, remaja perempuan berkenaan mengatakan suspek telah beberapa kali melakukan hubungan intim di lokasi berbeza sejak berkenalan Mei lalu.

“Hasil siasatan awal mendapati pengadu telah berkenalan dengan suspek yang merupakan seorang lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 30-an sejak Mei tahun lalu.

“Bermula dari perkenalan tersebut, pengadu dan suspek telah beberapa kali melakukan hubungan intim di beberapa lokasi yang berbeza,” katanya.

Dalam masa yang sama, Sasikala memaklumkan setakat ini, sebanyak empat kertas siasatan telah dibuka iaitu dua di Selangor, masing-masing satu di Kuala Lumpur dan Perak melibatkan pengadu yang sama.

Maklumnya lagi, suspek ditahan oleh sepasukan Pegawai dan anggota Polis dari Jabatan Siasatan Jenayah IPD Kuala Selangor pada jam 4.50 petang dan direman selama lima hari bermula Selasa hingga Sabtu ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya.

Komen Netizen:

Jabatan Netizen Belum Menerima Perkhabaran..Nanti Penyiasat Netizen Akan Siasat Perkara Ini.

Owh Sy Kenal Penceramah Ni, Yg Dia Tinggal Di Rumah Ade Kereta Pergi Ceramah Merata . Kenal Sgat… Pakai Baju Selipar Tiap Kali Ceramah Di Masjid, Kalau Ceramah Mesti Dicakap “Asslamualaikum “ Sebelum Mulakan Mjlis

Ni Jenis Asal Bpleh Je.Cara Kau Ni Memalukn Nama Baik Peceramah Bebas Yg Lain.Lancau Ko Ni Elok D Sumbatkn Je Dlm Sarang Kerengga

Baru Ditahan. Belum Disiasat Lagi. Kot2 Ade Unsur Fitnah,Naya Sebarkan Aib Orang Tanpa Siasatan. So Hati² Laa Dalam Berkomen Netizen Sekalian Alam.

Dulu Kes Seorang Ustaz..Semua Pakat Bekap..Ayat2 Semuanya Murni2 Belaka..Semua Duk Pakat Jadi Ustaz Ustazah..Kes Yg Ni Angpa Semua Tak Boleh Ke Pakat Duk Jadi Macam Dulu..
Dulu Kes Haktu Dlu..Angpa Kata Jangan Duk Tuduh Dulu ..Tunggu Polis Siasat Nanti Jatuh Fitnah..Abis Kes Ni Apa Kurangnya..

Dh Berape Kali Tu Nk Kire Rogol Ke.. Bukan Ke Klo Rogol Tu Paksa .. Mesti La Lepas Kne Rogol Terus Buat Report

Kalau Dh Berkali2 Tu Budak Tu Yg Nak Juga..Cuma Yg Membezakn Bawah Umur & Akal Fikiran Kedua2nya..

Jagan Tuduh Tiada Bukti..Jatuh Fitnah Lebih Berat Dri Bunuh Orang..Mntk Dipermudahkan Segala Urusan Doa Baik2 Insya’allah

Patot Nye Sbelom Nak Pkol Orang Hina Agama . Org Yg Mcm Ni Kita Kena Pukol Dulu . Bru Ngam

Sumber: Sinar Harian (Ahmad Ismadi Ismail)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*