Selepas Raffa, Baby Shima Pula Buat Hal, Dangdutkan Lagu Tiara, Boleh Tahan Juga Bila Baby Shima Bawa, Bukan Biasa2

Selepas penyanyi Indonesia Raffa Azar mencuri perhatian menerusi persembahannya yang dikatakan merosakkan lagu Tiara, kini Baby Shima pula dikecam kerana alasan yang sama.

Menerusi laman sosial Instagram, Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli, 29, membuat persembahan pentas dengan mendendangkan lagu tersebut dalam versi dangdut.

Dia turut memuat naik video sewaktu persembahan untuk tatapan umum.

“Terima kasih yang datang semalam sporting. Penonton terkejut Tiara jadi dangdut,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Menerusi perkongsian berdurasi kurang 30 saat itu, menunjukkan Baby Shima sedang asyik bergelek santai sambil menyampaikan ‘chorus’ lagu berkenaan.

Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya seakan tidak berpuas hati apabila lagu tersebut ditukarkan kepada versi dangdut.

Dalam pada itu, tidak kurang juga ada yang menyukai lagu nyanyi asal kumpulan Kris itu diubah muziknya menjadi irama dangdut.

Antara komen netizen yang kurang berpuas hati

“Lagu sedap, ko yang buat tak sedap,” komen seorang wargamaya.

“Rosak lagu ori Tiara. Habis semua nak didangdutkan,” ujar seorang wargamaya.

“Ntah mende, jahanam lagu orang oit,” kata seorang wargamaya.

“Suka sangat sama lagunya, asik terus,” puji seorang wargamaya.

“Fuiyohh Tiara dangdut i like,” tulis seorang wargamaya lagi.

Bukan makin sedap…jadi tak sedap bunyi nya.. lagi sedap dengar original punya. .mcm indonesia copy lagu orang ubah muzik

Rosak lagu udah2 la tu. Nanti cakap lebih2 mula la berlakon nya datang

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 250,000 tanda suka daripada pengikutnya.

Video,

Sedikit info Baby Shima,

Nor Ashima Ramli atau lebih dikenali sebagai Baby Shima (lahir 20 September 1992) merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia. Beliau merupakan salah seorang peserta D’Academy Asia (musim 3) di Indonesia serta peserta Big Stage musim pertama di Astro Ria. Beliau bernaung di bawah syarikat rakaman Indonesia, Nagaswara.

Baby Shima respons foto miripnya bercium di kelab malam - "Ya tu memang saya"

Beliau dilahirkan pada 20 September 1992 di Permas Jaya, Johor Bahru, Johor dan merupakan anak keempat daripada enam adik beradik kepada pasangan Ramli Ali dan ibu Zaleha Mohamed.

Baby Shima mula berkecimpung dalam bidang muzik selepas bergelar juara Bintang Idola Berita Harian 2010 anjuran Berita Harian. Beliau kemudiannya mengikat kontrak bersama KRU Music Group dan seterusnya muncul bersama single sulungnya, “Tak Sabar” ciptaan Edry Abdul Halim.

Nak kecam saya, kecamlah - Baby Shima - Kosmo Digital

Beliau juga berhasrat ingin mencipta nama di Indonesia, ini terbukti apabila beliau terpilih sebagai salah seorang peserta D’ Academy Asia musim ketiga di Jakarta, Indonesia pada 2017.

Baby Shima menyertai pertandingan Big Stage musim pertama dan bersaing bersama rakan-rakan BBNU (Budak Baru Nak Up) bagi menempa nama dalam industri muzik tanah air. Peserta yang terlibat termasuk Sarah Suhairi, Ariff Bahran, Afieq Shazwan, Andi Bernadee, Tajul Ariff, Syafiq Farhain, Wani Kayrie, Sissy Imann dan Fara Hezel. Sewaktu konsert minggu kedua, beliau jatuh pengsan setelah beliau selesai membuat persembahan dan dibawa ke hospital.

Baby Shima pergi kelab sebab kerja, 'foto mesra' cuma lakonan dalam MV lagu baru

Pada Jun 2020, beliau menerima pengiktirafan oleh YouTube Malaysia apabila saluran YouTube beliau menerima YouTube Malaysia Gold Creators Awards 2020.

Terdahulu,

Baby Shima menari di jalan ‘New Zealand Malaysia’ tular

Penyanyi dan selebriti media sosial, Baby Shima tular di media sosial Tik Tok selepas dilihat merakamkan video sambil menari di Jalan Temiang-Pantai yang diberi jolokan ‘New Zealand Malaysia’ kerana keindahannya.

Rakaman video itu menunjukkan Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli, 30, menari bersama seorang lagi wanita dengan kapsyen ‘reaksi Shima bila orang maki-maki’.

Namun, tidak dapat dipastikan sama ada kereta dalam video tersebut yang diparkir di bahu jalan itu milik penyanyi itu atau orang lain.

Jalan Temiang-Pantai merupakan lokasi yang menarik dan menjadi tumpuan orang ramai berhenti untuk mengambil gambar kerana keindahan pemandangan di loksasi terbabit yang seakan ‘New Zealand’.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf berkata, tindakan pemandu yang berhenti di lorong kecemasan laluan jalan itu tanpa alasan yang munasabah adalah satu kesalahan.

Orang ramai yang hendak mengambil gambar di jalan itu tidak salah tetapi jangan sampai meletak kenderaan di bahu jalan dan lorog kecemasan untuk tujuan bergambar dan berkumpul

Sumber Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*