
Semalam, media tempatan melaporkan, polis giat mencari Zalina atau nama sebenar, Zalina Shaharah Azman atau lebih dikenali sebagai Zalina Azman yang dilaporkan hilang sejak November tahun lalu.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, dilaporkan berkata, pihaknya menerima laporan daripada anak lelaki Zalina, Mikhael Norman, 33, berhubung kehilangannya pada 29 November tahun lalu.
Zalina, 58, dilaporkan hilang ketika Mikhael cuba menghubunginya sejak 24 November 2021 bagi memaklumkan datuk pengadu telah dimasukkan ke hospital, namun wanita itu tidak dapat dihubungi.
Tinjauan dari wartawan hari ini, pagar rumah Zalina Azman sudah tertutup, berbanding sebelum ini yang di lihat terbuka
Jiran hanya tahu kehilangan Zalina selepas hebahan
Bekas personaliti TV3, Zalina Azman yang dilaporkan hilang sejak November tahun lalu didakwa kurang bergaul dengan jiran tetangga.
Susulan itu, ada jiran hanya mengetahui Zalina atau nama sebenarnya, Zalina Shaharah Azman, 58, tinggal di kawasan perumahan mereka di Seksyen 3, di sini selepas hebahan polis dan berita kehilangan yang dilapor semalam.
Tinjauan di kediaman Zalina mendapati, keadaan rumah itu seperti sudah lama ditinggalkan dengan pagar rumah seperti dalam pembinaan.
aitan
Seorang penghuni kawasan itu, Mohammad Bokhari Shariff, 76, yang juga pemilik pusat tahfiz berkata, dia tidak pernah bersua muka dengan Zalina sejak wanita berkenaan pindah di situ beberapa tahun lalu.
“Saya lihat rumah itu sedang melalui proses ubah suai yang seakan-akan hendak dijadikan pejabat tetapi proses itu terhenti beberapa bulan sebelum kehilangannya, tahun lalu.
“Saya mengetahui kehilangannya sebaik polis datang menemui saya untuk mendapatkan maklumat berkaitan,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Tinjauan sekitar kawasan rumah bekas personaliti TV3, Zalina Azman di Jalan Ketiau, Seksyen 3 Shah Alam yang dilaporkan hilang pada penghujung November tahun lalu. FOTO FAIZ ANUAR
Menurut Mohammad Bokhari, dia mengetahui Zalina membeli rumah itu beberapa tahun lalu apabila diberitahu oleh pemilik asal kediaman berkenaan.
“Namun saya rasa dia jarang tinggal di situ, cuma perasan ada sebuah kereta mewah hitam selalu parkir di rumah itu dan rasanya ia mungkin kereta dia (Zalina),” katanya yang sudah menetap di kawasan berkenaan lebih 40 tahun lalu.
Penghuni lain ketika ditemui berkata, tidak menyangka keluarganya berjiran dengan Zalina sehingga membaca berita kehilangan malam tadi.
Seorang jiran yang enggan dikenali pula mendakwa, anak bekas pembaca berita itu ada datang ke rumahnya bertanya mengenai Zalina pada hari kehilangannya.
Bagaimanapun jiran terbabit enggan mengulas lanjut.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, setakat ini tiada maklumat terkini berhubung kes berkenaan sejak hebahan dibuat semalam.
“Sehingga kini tiada apa-apa perkembangan terbaru, siasatan masih diteruskan dan diklasifikasikan orang hilang,” katanya.
Rakan-rakan tampil mendoakan, kenang pengalaman ketika mengenali Zalina
‘Zalina lebih banyak menyepi’ – Zahir Kelvin
“Semalam, saya pun terkejut ketika Ras (Senator Datuk Ras Adiba Radzi) berkongsi berita kehilangan Zalina Azman.”
Demikian kata personaliti TV dan pengacara program Money Matters, Zahir Kelvin Ong Abdullah ketika diminta mengulas mengenai berita kehilangan rakan sejawatnya itu.
Kelvin ketika dihubungi berkongsi, Zalina adalah individu yang begitu menjaga privasi kehidupan peribadinya.
“Selepas berhenti dari TV3, dia lebih banyak menyepi dan menjaga privasi kehidupan peribadinya. Tapi, itu perkara biasa sebab saya pun melakukan perkara sama selepas berhenti,” katanya kepada Harian Metro.
Kelvin juga memaklumkan bahawa kali terakhir dia dihubungi Zalina adalah pada September 2020.
“Ketika itu, dia keluar minum teh dengan Ras dan pada waktu itulah mereka menghubungi saya. Itu kali terakhir kami berbual di telefon.
“Kalau bertemu secara berdepan, rasanya kali terakhir dah lebih 10 tahun lalu. Memang dah sangat lama saya tak berjumpa dengannya,” katanya.
Pernah bergandingan sebagai pengacara dalam program Money Matters sekitar tahun 1990-an, Kelvin berkata, semua yang bekerja di bilik berita TV3 umpama satu keluarga.
“Saya menyertai TV3 pada 1991 dan mula bergandingan dengan Zalina sebagai pengacara Money Matters dari 1997 hingga 2000.
“Pada era 1990-an, bilik berita TV3 kecil. Jadi, kami yang bekerja di sana memang rapat umpama keluarga.
“Harapan saya, semoga urusan untuk mencari Zalina dipermudahkan dan dia dapat pulang ke rumah dalam keadaan baik,” katanya.
Zalina sudah lama menghilang
“Dia seorang sahabat yang sangat baik dan kami semua sayangkan dia,” demikian luah penyampai dan bekas personaliti TV3, Zakiah Anas.
Beliau mengulas mengenai sahabatnya, Zalina Azman yang diberitakan hilang sejak November tahun lalu.
Zakiah berkata, dia terkejut apabila berita kehilangan Zalina tular, memandangkan beliau baik dengan semua orang.
“Kami cuba menghubungi Zalina, selama ini. Saya antara geng lama yang memang rapat dengannya.
“Antara lain, Dang Suria Zainurdin, Sharifah Shawati, Senator Datuk Ras Adiba Radzi dan ramai lagi. Ini memang geng lama ketika kami bekerja di studio TV3, Jalan Liku, Bangsar.
“Jadi, apabila nak berjumpa, kami cuba menghubunginya, tetapi tak dapat. Malah, apabila menghubungi, tiada dering. Itu pun sangat lama, saya rasa dalam beberapa tahun lalu saya cuba menghubunginya.
“Kami ingatkan Zalina mahu menjalani kehidupan ‘low profile’, jadi kami hormati pendiriannya. Namun, kami terkejut apabila anaknya membuat laporan polis.
“Rupa-rupanya dalam masa tertanya-tanya, anak dia pun sedang mencari,” katanya ketika dihubungi BH Online.
Tambah Zakiah, kali terakhir bertemu dengan Zalina sebelum sahabatnya itu berangkat ke tanah suci bagi menunaikan haji.
“Saya rasa kali terakhir saya berjumpa ketika Zalina membuat majlis doa selamat sebelum ke Makkah. Kalau tak salah dalam 2013. Lepas balik haji, kami terus tidak berhubungan.
“Jadi, sangat lama kami tidak berjumpa dengan Zalina.
“Kami ‘lost contact’ sejak tidak bekerja dengan TV3. Dia pun mungkin sibuk dengan keluarganya, jadi kami tak nak kacau dan faham kehidupan masing-masing.
“Dengan rakan lain, walaupun tak jumpa, kami masih berhubungan. Malah, Zalina juga tiada laman sosial seperti Facebook dan Instagram kerana dia sangat ‘low profile’. Kawan baiknya, Ras Adiba dan Datin Nor Azlina Redzuan juga tidak dapat menghubunginya,” katanya.
Sehubungan itu, Zakiah tidak menafikan, dia sedih mendengar berita kehilangan sahabat baiknya itu.
“Kami tiada isu dengan Zalina. Dia seorang yang sangat baik dan semua orang sayang dan sukakannya.
“Dia bukanlah seorang yang dibenci. Jujurnya, memang ada persoalan di mana Zalina sebab lama tak jumpa setiap kali ada pertemuan dengan rakan-rakan.
“Saya ada cuba hubungi Zalina, tetapi tak dapat ketika mahu berkahwin pada 2012.
“Ada juga rakan-rakan yang mengatakan pernah berjumpa dengannya di Shah Alam pada 2019. Diharapkan, Zalina segera ditemui, insya-Allah,” katanya.
Sementara itu, rakan-rakan Zalina seperti Datuk Aznil Nawawi dan Ras Adiba meminta orang ramai membantu mencari sahabat mereka itu.
Menerusi tiga hantaran dalam laman Instagram (IG), Ras Adiba meminta Zalina segera pulang.
“Di mana awak Zally? Tolonglah pulang, pulang ke rumah,” tulisnya.
Aznil pula meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai rakan seperjuangannya menghubungi pihak polis.
‘Moga Zal selamat, dilindungi daripada b4haya’
Bekas pembaca berita TV3, Ezzah Aziz Fawzy, berkongsi rasa sedih mengenai berita kehilangan rakan yang juga bekas pembaca berita stesen TV itu, Zalina Azman.
Ezzah ketika dihubungi berkata, kali terakhir dia bertemu dengan Zalina adalah sebelum era pandemik Covid-19 bermula.
“Saya pun memang terkejut apabila kawan-kawan di bilik berita TV3 maklumkan mengenai berita ini.
“Kali terakhir saya bertemunya adalah sebelum dia menunaikan ibadah haji iaitu sebelum pandemik Covid-19 melanda.
“Pada ketika itu, dia jemput ‘Geng Jalan Liku’ untuk makan-makan di rumahnya di Bukit Bangsar,” katanya kepada Harian Metro.
Ezzah kemudiannya ada berhubung dengan Zalina dan menjemputnya ke majlis perkahwinan anaknya.
“Pada Januari 2020, saya menjemputnya ke majlis perkahwinan anak perempuan saya, tapi dia tak dapat hadir pada ketika itu.
“Pada Julai 2021, saya ada mengirimkan kirim WhatsApp kepadanya untuk menjemputnya sebagai panel profesional dalam satu majlis, tapi dia tak jawab.
“Saya berdoa semoga Zal (Zalina) selamat dan dilindungi daripada sebarang bahaya,” katanya.
Selain Ezzah, seorang lagi rakan seangkatan Zalina yang juga Pengarang Kumpulan Berita dan Hal Ehwal Semasa, Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN), Kamaruddin Mape turut berkongsi perasaan terkejut saat dimaklumkan mengenai berita itu.
“Saya dah lama tak berjumpa dengannya. Kali terakhir adalah sekitar awal tahun 2000-an. Selebihnya, saya banyak ikuti perkembangannya di media sosial.
“Saya dapat tahu mengenai berita ini sekitar jam 8.30 malam semalam. Mula-mula, saya sendiri pun terkejut dan macam tak percaya sehinggalah saya melihat sendiri laporan polis dan gambarnya,” katanya.
Menurutnya, pihak polis mungkin ada sebab tertentu untuk tidak menghebahkan mengenai laporan kehilangan itu.
“Saya teliti sama ada laporan itu benar atau palsu kerana tarikhnya adalah pada November 2021. Memang benar, laporan itu adalah pada tarikh berkenaan.
“Mungkin ada sebab mengapa pihak polis tidak menghebahkan mengenai laporan itu sehinggalah semalam.
“Kami sahabat-sahabatnya mendoakan agar tidak ada apa-apa yang buruk berlaku kepada Zalina,” katanya.
Gelak tawa Zalina Azman masih terngiang – Azwan Ali
“Dia satu-satunya personaliti TV3 yang tidak ‘fake’ bila berjumpa dengan saya. Memang perahsia tetapi dia baik hati. Selalu merendah diri walaupun kami dari dua dunia penyiaran berbeza.”
Itu luahan selebriti sensasi, Azwan Ali apabila ditanya tentang hubungannya dengan bekas personaliti TV3, Zalina Azman yang dilaporkan hilang sejak November tahun lepas.
Mengakui terkejut dengan berita itu, Azwan berkata, kali terakhir dia bertemu dengan Zalina adalah ketika bekas pengacara Money Matters itu belum berhijab.
“Kita seganlah sebab dia bahagian berita, saya pula hiburan. Tetapi Zalina ini memang baik dan merendah diri. Kalau jumpa kami selalu berborak tentang hal lain, tak sentuh peribadi sangat. Saya pun hormat dia.
“Masih ingat lagi gelak tawa dia. Dia panggil saya Azwan. Itu yang terngiang-ngiang bila tahu dia hilang. Dia memang agak kecoh sedikit, cuma itulah bila sentuh hal privasi dia diam,” kongsi Azwan.
Azwan dalam pada itu memohon semua yang mengenali Zalina untuk mendoakan semoga bekas pengacara itu segera pulang dan berada dalam keadaan selamat.
“Saya kenal penampilannya” – Ras Adiba minta rakam jika terserempak wanita mirip Zalina Azman, teruskan misi pencarian hari kedua
MESKIPUN gagal dalam misi pencarian hari pertama, Senator, Datuk Ras Adiba Radzi tetap tidak berputus asa untuk menjejaki rakan baiknya yang juga bekas personaliti televisyen, Zalina Azman.
Ras Adiba berkata, dia tetap optimis akan bertemu kembali dengan sahabat baikna itu dan akan menuruskan usaha pencarian Zalina di sekitar Shah Alam, Selangor.
Malah Ras Adiba berharap orang ramai akan mengambil gambar atau video sekiranya terserempak dengan Zalina atau individu yang dirasakan menyerupainya.
Ras mengesa agar orang ramai yang mendakwa melihat wanita menyerupai Zalina agar mengambil gambar atau video bagi melancarkan usaha pencarian.
“Saya sangat menghargai usaha orang ramai yang berkongsi kisah mengenai Zalina di media sosial.
“Tapi saya harap dan merayu agar tolong ambil gambar atau video sekiranya bertemu dengan wanita yang mungkin Zalina atau menyerupai dirinya.
“Sebagai sahabat baik, sudah tentu saya mengenali fizikal, rupa paras dan penampilannya dengan lebih baik,” katanya kepada mStar.
Saya juga merayu agar tolong ambil gambar sekiranya ada bertemu dengan wanita yang dikatakan Zalina. Sebagai kawan baik, tentu saja saya mengenali fizikal dan penampilannya.
Ras Adiba memberitahu pencarian hari pertama di sekitar Shah Alam pada Selasa dilakukan sehingga pukul 3 pagi namun tidak berjaya menemui sebarang petunjuk.
Usaha itu diteruskan pada Rabu apabila Ras Adiba bersama beberapa rakan media memulakan misi mereka bermula 6 petang.
“Sebagai kenalan media, mari kita sama-sama teruskan usaha untuk menjejaki rakan kita.
“Sekali lagi saya pohon, jika ternampak individu menyerupai Zalina sila ambil gambar atau video untuk mudah saya kenal pasti,” ujarnya.
Terdahulu, Harian Metro melaporkan, polis sedang mencari Zalina yang dilaporkan hilang sejak November tahun lalu.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan daripada keluarga Zalina, 58, berhubung kehilangannya pada 29 November tahun lalu.
Sumber Sam Sohor
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Be the first to comment