Ini Wajah Sebenar Adik Kecik Yang Dider4 Semalam. Ini Luahan H4ti Si Kecik Buat Ramai Sayu

Sepasang suami isteri ditahan bagi membantu siasatan kes penderaan seorang kanak-kanak empat tahun yang dipercayai dipukul dengan penyangkut baju, batang penyapu dan dicucuh dengan pemetik api.

Pasangan itu merupakan seorang wanita tempatan dan lelaki warga Singapura dalam lingkungan 28 hingga 30-an.

Video ada di bawah sekali…

Ketua Polis Daerah Kajang, Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada seorang lelaki berusia 20 tahun pada 12.14 tengah malam tadi.

“Kejadian itu dikatakan berlaku pada 18 Julai di sebuah taman perumahan di Beranang,” katanya dalam kenyataan.

“Mangsa yang merupakan anak angkat kepada suami isteri terbabit, dicederakan atau didera oleh pasangan tersebut.

“Siasatan awal mendapati kejadian itu disebabkan mangsa tidak suka makan nasi dan suspek memaksa mangsa telan nasi sehingga termuntah serta kanak-kanak ini dikatakan hiperaktif.”

Zaid berkata, mangsa merupakan anak kepada warganegara Indonesia, yang mana kelahirannya tidak didaftarkan dan tidak memiliki dokumen pengenalan diri.

“Mangsa diserahkan kepada suspek untuk dijaga sejak April 2022 kerana ibu kandungnya tidak mampu menjaganya.”

Katanya, mangsa diselamatkan pada 2.30 pagi tadi sebelum dibawa ke Hospital Kajang dan hasil pemeriksaan doktor mendapati mangsa cedera di beberapa bahagian badan.

Pelakon Lufya Omar kenal Myra 

MENGENALI secara peribadi wanita yang ditahan kerana didakwa mendera kanak-kanak, pelakon Lufya Omar juga mendedahkan individu tersebut pernah berkongsi tentang masalah depresi yang dialami.

Lufya bagaimanapun berkata tekanan hidup wanita yang dikenali sebagai Myra itu bukanlah alasan untuk dia bertindak kejam melakukan penderaan terhadap anak angkat berusia empat tahun itu.

“Saya kenal Myra kerana dia pernah tawarkan kepada saya untuk mempromosikan produk. Namun saya tidak bersetuju kerana ada beberapa komitmen lain sebelum ini.

“Dia pernah mendedahkan masalah tekanan yang dialami. Saya boleh katakan itu adalah satu ujian kepada dia dan sepatutnya dia tidak boleh berjanji manis dalam perniagaan.

“Walaupun dia tertekan, namun perbuatan dera itu sangat kejam. Masalah tekanan bukan alasan untuk melepaskan rasa tersebut terhadap seorang kanak-kanak,” katanya kepada mStar.

Meluahkan rasa terkejut dengan video penderaan yang mula tular sejak awal pagi Jumaat, Lufya menganggap ini adalah satu ujian buat Myra supaya dia cepat sedar dan menginsafi perbuatannya.

Dalam masa sama, Lufya berharap pihak berwajib mengambil tindakan tegas terhadap kes seumpama ini supaya ia tidak berulang lagi.

“Apa sahaja yang dia buat adalah cara Allah tunjukkan sayang kepadanya. Ini adalah ujian supaya dia menjadi lebih baik. Anak angkat juga adalah amanah Allah untuk kita jaga.

“Memang saya terkejut apabila melihat video tersebut. Ada masa kita pun marah kepada anak tetapi tidaklah sehingga tahap yang brutal sebegitu.

“Mungkin disebabkan dia tidak melahirkan anak tersebut maka, dia tidak tahu keperitan seorang ibu. Cara dia itu salah,” jelasnya.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Mohd Zaid Hassan mengesahkan suspek wanita itu telah ditahan dengan pasangannya di sebuah rumah di Beranang, Selangor.

Mangsa merupakan kanak-kanak yang dikatakan hyper-aktif berusia anggaran empat tahun, merupakan anak kepada warganegara Indonesia yang mana kelahirannya tidak pernah didaftarkan dan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri.

Kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Lihat video ini:

Sumber: Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*