Ini Respond Azhar Sulaiman Selepas Gambar Anak Perempuan Dia ‘Berkemban’ Tular Sehingga Jadi Kritikan Netizen

Kisah Kasih Iris Leona dan ayahnya pelakon veteran, Azhar Sulaiman seperti tiada berkesudahan.

Apabila Kasih Iris Leona memuat naik gambar yang agak menjolok mata sudah pasti akan jadi bualan netizen.

Baru baru ini Kasih Iris Leona telah muat naik gambar yang agak seksi sehinggakan netizen menganggap seperti dia sedang berkemban.

Seperti biasa segala kritikan dari netizen mendapat perhatian ayah Kasih Iris Leona iaitu Azhar Sulaiman. Ini respond Ayah Kasih Iris Leona.

Pelakon, Azhar Sulaiman, 51, mengakui anak perempuannya, Kasih Iris Leona suka berpakaian seksi walaupun dia melarangnya.

Azhar yang membahasakan dirinya sebagai Mami dalam satu hantaran di media sosial berkata, setiap keluarga akan ada pelbagai masalah dengan anak-anak mereka.

Namun, dia bersyukur memiliki anak seperti Kasih Iris.

Baru-baru ini, gambar Kasih Iris yang berpakaian seakan berkemban tular dan menjadi perbualan hangat netizen.

“You name it lah (Anda beritahulah) segala ‘problem’ (masalah) yang seorang anak boleh conteng arang kat ‘parents’ (ibu bapa) dia.

“Pada saya biarlah begini dari begitu. Kalau renung kembali zaman muda saya, mungkin lagi teruk,” katanya. Azhar berkata, anak anak kita adalah balasan kepada apa yang kita lakukan semasa bujang dulu.

“Saya reda dan saya harap saya boleh jaga keluarga saya dengan baik,” katanya.

KOMEN NETIZEN:

“Please mami do something… I love ur family….dari bdk2 ni kecik kami peminat ikuti perkembangan mereka”

“Semoga dipermudahkan urusan..tanda Allah sentiasa nak kita berdoa..sentiasa berdoa dan mendoakan…inshaallah tak mustahil nnt dia jauh lebih baik dari org yg baik…Allah knows”

“Dulu org kutuk zizi kirana, miZz nina.. now u see Allah dah angkat darjat mereka. Hidup ni tak pernah berada pada tahap yg sama. Macam roda. Thats why, hati n kata2 kena jaga. Good luck mami”

Dikecam tak pandai didik anak jadi Islamik, Azhar Sulaiman akan selesaikan sendiri masalah dengan netizen – “Lepas satu… satu lagi isu!”

DITUDUH tidak pandai didik anak, pelakon Azhar Sulaiman berkata, dia akan menyelesaikan isu kecaman netizen terhadap anaknya Kasih Iris Leona dengan cara tersendiri.

Azhar, 50 berkata, dia tidak mahu memanjangkan situasi itu dengan melibatkan pihak media yang mungkin akan mengeruhkan keadaan.

“Maaf tidak ada apa yang perlu diulas. Saya akan selesaikan isu ini sendiri dengan netizen,” ujarnya kepada mStar.

Azhar Sulaiman berkata demikian ketika diminta mengulas aksi seksi anaknya iaitu Kasih Iris Leona, 19, yang menjadi perhatian gara-gara berpakaian terlalu seksi.

Azhar Sulaiman dan anak perempuannya, Kasih Iris Leona.

Sebagai seorang bapa, Azhar, 50, turut dihentam netizen kerana dianggap tidak pandai mendidik anaknya menjadi seorang muslimah yang baik.

“Jadi hari ini Leona kena kecam lagi termasuklah Mami (Azhar) juga kena hentam sebab tak pandai didik Leona untuk jadi Islamik.

“You ada anak?” katanya.

Leona dikecam selepas memuat naik satu gambar di laman sosialnya baru-baru ini yang kelihatan terlalu seksi lebih-lebih di bahagian dada.

Lepas satu, satu lagi isu… Hari itu (isu) tidak boleh cakap Melayu harian dan asyik cakap Inggeris.

Susulan kecaman itu, Azhar secara bergurau menyarankan anak bongsunya itu melakukan pembedahan mengecilkan payudara selain kos akan ditanggung sepenuhnya oleh pelakon tersebut.

“Lepas satu, satu lagi isu… Hari itu (isu) tidak boleh cakap Melayu harian dan asyik cakap Inggeris. Lepas itu sibuk belajar cakap Kelantan… Sekarang pasal pakaian seksi pula.

Komen Azhar Sulaiman berhubung isu Leona berpakaian seksi.

“Leona tolong cari klinik yang buat pembedahan mengecilkan payudara… Ayah akan bayar semua kos itu.

“Bila kop** kecil, ayah yakin (Leona) tidak boleh pakai baju-baju seksi lagi,” katanya.

Selain Leona, Azhar turut mempunyai dua orang anak lagi iaitu Kasih Leia Ixora, 23, dan Andika Rees Pahamin, 19, yang merupakan kembar kepada Leona.

Ramai yang mendoakan kesejahteraan Azhar Sulaiman dan anaknya Kasih Iris Leona.

Sumber : HMETRO ONLINE / AwatttSyeikhh Network

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*