
Pelakon dan penyampai radio Sharifah Shahirah menyifatkan adiknya, Sharifah Sakinah sebagai individu yang suka mencuri perhatian. Sebagai kakak, Shahirah yang mersa disapa Shiera, 47, tidak mengambil ia sebagai suatu hal yang serius kerana dia lebih mengenali adik sendiri “Saya rasa dalam yang kritik, ada juga yang suka dengan personalitinya. Dia pula suka ‘buat onar’ kemudian dia akan mediamkan diri dan tidur.
“Orang-orang begini kadang, ada juga akan rasa marah kalau tidak dipeduli (netizen). Jadi kalau dia rasa senyap, dia mesti akan buat sesuatu untuk diambil peduli orang.“Rasa rasa macam ‘attention seeker’. Ada orang yang begitu.
Macam… tak kisah ada orang suka atau tidak, tapi dia memang suka diberikan perhatian juga,” katanya kepada MH. Shiera yang sinonim menerusi rama Mat Despatch suatu ketika dahulu ini berkata demikian ketika ditemui di siri Jelajah 90 Suria Memang Cantik Kak Ell yang berlangsung di Paradigm Mall, Johor Bahru, pada Sabtu. Shiera bagaimanapun tidak menafikan adiknya sebagai anak yang baik terutamanya dalam hal melibatkan keluarga.“Saya tidak menafikan Sakinah ialah anak yang cukup baik. Rezekinya pun murah kerana dia turut jaga mak, keluarga. Dia dulu yang akan berikan mak duit, bukan adik-beradik lain.
“Saya tidaklah terasa kerana saya kenal dia. Saya pun tak kisah orang nak kata apa, saya tidak mahu balas pun (kritikan). Kalau di ruangan komen di media sosual misalnya, saya boleh berborak dengan Sakinah.“Katalah kalau dia botak sekali pun, saya sendiri pernah warnakan rambut warna merah, pernah juga hampir botak.“Jadi kita fahamlah… pengakhirannya juga bukan kita yang akan adili, tetapi Allah SWT. Dia pun bukan mencuri, sakitkan hati orang dan sebaginya,” katanya lagi. Sumber: media
Imej rambut hampir botak, Sharifah Sakinah curi perhatian Pelakon versatil, Sharifah Sakinah, mencuri perhatian warganet apabila memuat naik sekeping foto di Instagram yang memperlihatkan imej rambut terbaharunya. Menerusi perkongsian tersebut, pelakon drama popular Girlfriend Aku Dari Neraka itu tampil dengan potongan imej rambut hampir botak. Pemerhatian Utusan Malaysia mendapati, rata-rata pengikut dan rakan artis memuji penampilan terbaharunya itu menerusi ruangan komen.
“Oh my god (oh tuhanku) Kinah! (nama panggilan) Bergaya!” komen pelakon Hun Haqeem. “Aku tidak boleh move on. Handsome,” komen juga pelakon dan penyanyi Janna Nick.“Weh, nice teruk!” komen pelakon Hafreez Adam. Selain memberikan pujian, segelintir warganet juga meluahkan hasrat untuk tampil dengan imej yang sama seperti Sharifah Sakinah.“Teringin nak cukur rambut walaupun sekali, tapi stres pula kalau tiada rambut, rambut panjang pun stres. Huhu,” komen @ahliafakhri. “Okey lah, saya pun nak buat. Nak bertanya kepada suami dahulu…” komen @roseminhaj.
Menari terkinja-kinja, Sharifah Sakinah terima kritikan – “Makin teruk dia ni!”
Sebelum ini, pelakon Sharifah Sakinah atau nama sebenarnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired yang tampil dengan imej terbaharu dimana potongan rambutnya hampir botak telah mencuri perhatian ramai malah ada juga memuji penampilannya itu.
Bagaimanapun, baru-baru ini tindakan pelakon itu yang memuat naik sebuah video telah mencetuskan pelbagai reaksi netizen memandang dia kini tinggal di luar negara bersama suaminya yang merupakan seorang Sweden, Michael Hansen.
Dalam video yang berkapsyen ‘dorang tak heran langsung ek, pandang pun tidak walaupun terkinja’, Sakinah meluahkan rasa pelik apabila orang ramai pada ketika itu tidak menghiraukan dirinya meskipun dia sedang menari ‘terinja-kinja’ di sebuah laluan.
Apa masalah dia ni? tak tahu malu ke?
Bagaimanapun, tindakan pelakon yang berusia 33 tahun itu mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen kerana mereka menyifatkan perbuatannya itu agak memalukan sebagai seorang muslim.
Bahkan, mereka turut menyelar sikap yang ditunjukkan oleh Sakinah kerana dia sebagai orang Malaysia perlu menjaga adabnya ketika berada di negara asing.
Benda tu normal bila kat luar negara!
Malah, netizen menganggap tindakan yang dilakukan oleh Sakinah itu dianggap perkara biasa bagi orang luar negara dan disebabkan itulah orang ramai tidak mempedulikan perbuatannya
Video,
https://www.youtube.com/watch?v=KTUtq53cbM4
Sumber Hmetro
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Be the first to comment