
SHAH ALAM – Misteri pesawat Malaysia Airlines, MH370 yang hilang sejak 8 Mac 2014 kembali mendapat perhatian netizen ekoran tular satu video yang memaparkan wajah terkini mangsa-mangsa yang terlibat dalam insiden berkenaan.
Susulan itu, Maira Elizabeth Nari, anak perempuan kepada ketua pramugara pesawat itu, Andrew Nari tampil mengesahkan bahawa gambar yang tular terbabit bukanlah bapanya.
Maira Elizabeth mengakui dirinya dihujani mesej yang memaklumkan mengenai seorang lelaki yang dipercayai mirip bapanya dalam video tersebut.
“Saya diberitahu bahawa orang ini (gambar yang tular) ialah bapa saya atau kelihatan sepertinya.
“Saya hanya ingin menjelaskan dia bukan (bapa saya). Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang menghubungi saya melalui ‘direct message’ (DM) dan ingin memohon maaf kerana saya tidak dapat membalas setiap satu mesej kerana terlalu ramai.
“Namun, saya menghargainya dan amat berterima kasih atas ingatan kalian,” katanya menerusi satu hantaran di ‘InstaStory’ di Instagramnya pada Sabtu.
Tangkap layar hantaran ‘InstaStory’ Maira pada Sabtu.
Baru-baru ini, misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 kembali menjadi hangat apabila tular satu video yang memaparkan beberapa wajah terkini dipercayai mangsa-mangsa yang terlibat dalam kehilangan pesawat tersebut.
Video itu mendakwa mangsa kini berada di sebuah pulau batu karang kecil di tengah-tengah Lautan Hindi yang dinamakan Diego Garcia.
Antara yang tular ialah seorang lelaki yang dipercayai Kapten, Zaharie Ahmad Shah, pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid dan Andrew Nari.
Antara Video yang tular,
Teori konspirasi MH370 dekat Diego Garcia dah ada sejak 2014 lagi. Bukan baru pun. Sana ramai pekerja Filipina sebab tu muka ‘Melayu ‘. Kalau nampak ada yang iras mangsa MH370 tu sebab otak kau dah fikir macam tu . Itu la yang nampak sama. Saya tenung lama – lama tak nampak sama pun. Mata saya ada masalah kot ?
Gambar di bawah ini gambar juruterbang ( Zaharie Ahmad Shah ) dan pembantu juruterbang ( Fariq Abd Hamid ) .
Beza telinga, bibir, tahi lalat, bentuk senyuman, hidung.
Saya perhatikan gambar juruterbang dan pembantunya yang lain2 pun tetap beza dengan gambar orang yang didakwa muka sama tu.
Antara komen netizen,
Kau ingat US Army tu bodoh sangat ka bagi gambar “mangsa” MH370 masuk FB.
Tu la kau percaya sangat dengan kepala konspirasi macam Princeweed.
Kau pernah percaya yang dia kena rasuk Jin Yahudi dan sekarang kau percaya Mangsa MH370 kena brainwash duduk di pulau US Navy.
US Navy tak bangang buat kerja tak clean kalaupun betul ada Black Ops cuci otak orang,
Angakatan Tentera Malaysia kita pun tak bodoh untuk biarkan benda macam tu kalau betul berlaku.
Kes MH 17 dah buktikan bagaimana Tentera kita berjaya ambil “Kotak Hitam” di kawasan Perang Rusia dan Ukrain.
Jadi kalau betul Mangsa MH370 ada di Pulau tu. Mesti Para Pentadbir negara ini dah usahakan sesuatu.
Kalau pun Politikus negara kita ni bangang.
Kau kena ingat satu hal. Penjawat awam kita dan YDPA Agong tak bodoh nak duduk diam hal kedaulatan dan keselamatan negara.
Terakhir, Hormati Perasaan mangsa dan aku sengaja off komen sebab semak otak nak baca pendapat teori konspirasi.
Sumber Sinar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Be the first to comment