Mengejutkan! Nad Zainal Dan Suami Telah Bercerai, Ini Kata-Kata Daripada Nad Zainal Tentang Penceraiannya Buat Ramai Terkejut

KUALA LUMPUR: Selepas tujuh tahun melayari bahtera rumah tangga, aktres Nad Zainal mengesahkan ikatan perkahwinan dengan Muhammad Faliq Amiruddin terlerai, baru-baru ini.

Spekulasi mula tercetus apabila semakan dalam Instagram milik pelakon Takdir Yang Tertulis di TV3 itu mendapati tiada lagi foto bersama Muhammad Faliq.

Nad atau nama sebenarnya, Farah Nadia Zainal Abidin mengakui, ikatan perkahwinan sudah terlerai, namun, enggan mendedahkan tarikh berpisah.

Saat indah Nad bersama Muhammad Falid dan dua cahaya matanya. - Foto Ihsan Nad Zainal

Saat indah Nad bersama Muhammad Falid dan dua cahaya matanya

Dalam nada tenang dengan penuh emosi, Nad berkata, keputusan berpisah bukan perkara mudah.

“Iya, kami sudah bercerai, baru-baru ini. Keputusan berpisah ini juga dicapai dengan kata sepakat.

“Kami masih berkawan baik demi anak-anak,” katanya ketika dihubungi BH Online.

Diasak bila dan punca bercerai, Pelakon Drama Wanita Terbaik, Anugerah Skrin 2018 itu enggan mengulas lanjut.

“Cukup dikongsi status terkini. Saya perlu menjelaskannya agar tidak mengundang fitnah.

“Apa yang lebih utama, saya perlu kuat untuk meneruskan survival membesarkan dua cahaya mata serta membiasakan diri dengan status ibu tunggal,” katanya yang bakal muncul dalam drama Cina Buta arahan Shahrulezad Mohameddin.

Nad dan Muhammad Faliq mendirikan rumah tangga pada 18 Disember 2015.

Sepanjang perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Fahad Ibrahim, 6, dan Budi Kalsom, 1.

Terdahulu ada satu perkongsian dari Nad Zainal,

“Kalau dah tiada hati, berterus terang saja” -Nad Zainal rela undur diri dari dicurangi

Kontroversi berkenaan rumah tangga beberapa pasangan selebriti yang ‘disondol’ orang ketiga sejak kebelakangan ini kerap berlaku. Ada saja individu yang cuba menggangu keharmonian perkahwinan mereka walaupun ada yang mengatakan ‘tepuk sebelah tangga tak akan berbunyi.’

Harap suami berterus terang

Oleh hal itu, pelakon wanita popular, Nad Zainal memaklumkan yang jika dia berdepan dengan situasi seperti itu, dia berharap agar suaminya berterus terang andai sudah tiada hati dengannya.

Perkara tersebut dinyatakan sendiri pelakon drama ‘Dendam Seorang Isteri’ kepada Harian Metro mengulas berkenaan kontroversi rumah tangga rakan artis yang tular sebelum ini.

“Saya cakap pada suami, kalau dah tiada hati berterus terang saja kepada saya dan jangan menipu. Saya tidak mahu mengetahuinya daripada orang lain kerana itu lebih sakit”.

Rela undur diri, fikirkan anak-anak

Pemilik nama Farah Nadia Zainal Abidin, 32, itu memaklumkan dirinya yang kini merupakan seorang ibu dan isteri lebih memberi keutamaan kepada anak-anak yang sedang membesar, sama juga seperti suaminya.

Jadi, andai kata suaminya mempunyai orang lain, dia rela mengundurkan diri kerana lebih memikirkan tentang anak-anak.

“Saya rasa sekarang ini, tidak kisahlah sama ada suami kita kaya atau miskin, rupa elok atau tidak kerana akan sentiasa ada saja cubaan dan dugaan.

“Sekiranya suami sudah mempunyai pilihan kedua dan sebagainya, maka saya akan mengundurkan diri. Malas hendak bergaduh-gaduh, bukan kerana saya mudah mengalah atau sebagainya.

“Ini kerana apa yang penting adalah anak-anak saya. Itu yang menjadi keutamaan dalam apa jua aspek,” kata Nad.

Sedikit info Nad Zainal

Farah Nadia Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Nad Zainal (lahir 16 Mei 1990) merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia. Beliau mula diperkenalkan menerusi drama televisyen berjudul Impian (Sunsilk Impian) pada tahun 2008, seterusnya muncul dalam sitkom Blogger Boy.

Nad menjadi tumpuan media menerusi watak Kay lakonannya dalam siri drama remaja Memberku Hawa serta peranannya sebagai Inas dalam Bukan Bidadari yang kedua-duanya bersiaran di TV3.

Selain peranan lakonan di televisyen, Nad juga terkenal dengan peranan lakonannya di dalam filem cereka termasuk Kami Histeria (2014) dan siri filem Juvana (2015-16). Sepanjang kerjayanya, beliau telah memenangi pelbagai anugerah dan pencalonan termasuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 bagi Pelakon TV Wanita Popular dan Anugerah Skrin 2018 bagi Pelakon Wanita Terbaik (Drama). Melangkaui kerjaya hiburannya, Nad menceburi bidang perniagaan dengan melancarkan produk kosmetiknya, Audela by Nad Zainal pada 2016.

Hampir 3 minggu Nad Zainal minta suami keluar rumah - Hiburan | mStar

Beliau dilahirkan pada 16 Mei 1990 di Kajang, Selangor dan merupakan anak tunggal kepada pasangan Zainal Abidin bin Abu dan Faridah binti Mohd Noor. Sewaktu zaman kanak-kanaknya, keluarganya hanya bergantung kepada motosikal bapa untuk ke mana-mana kerana bapanya tidak mempunyai kereta.

Nad berkelulusan dalam Diploma Teater di Akademi Seni dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).[8] Beliau menetap di Taman Melawati, Shah Alam tidak jauh dari Kuala Lumpur.

Beliau berkahwin dengan Muhammad Faliq Amirullah pada 18 Disember 2015. Pasangan ini sebelum ini mengikat tali pertunangan pada 31 Ogos 2015, iaitu bersempena dengan sambutan ulang tahun kemerdekaan negara ke-58. Faliq merupakan senior Nad ketika sama-sama belajar di ASWARA sekitar 2007, dalam satu temuramah bersama Kosmo! pada Disember 2015, Nad mendedahkan Faliq ialah orang pertama yang memikatnya

Lakonan dipuji ada 'jiwa', Nad Zainal bukan hafal tapi memahami skrip

“Faliq lelaki pertama yang ajak saya kahwin. Sebelum ini, belum pernah ada yang berani melamar dan membawa saya berjumpa dengan keluarga untuk berkenalan. Mungkin inilah tandanya dia jodoh saya. Hati terus berdetik setuju apabila diajak bernikah dan segala perbincangan selepas itu berjalan tanpa sebarang masalah.” Pada 14 Oktober 2016 jam 11.38 malam, Nad selamat melahirkan anak sulungnya, Fahad Ibrahim.

Sekitar November 2017, Nad dilaporkan mempunyai krisis dengan pelakon Sharifah Sakinah menyebabkan mereka berdua tidak lagi bertegur sapa. Nad berbuat demikian kerana tidak mahu tumpuannya terjejas ketika berada di set penggambaran. Beliau merupakan seorang yang mementingkan aspek kesihatan, termasuk mengamalkan rahsia kecantikan.

Sumber: Harian Metro/Bharian

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*