
Sebelum ini, Pelakon Puteri Balqis atau lebih mesra disapa sebagai Aqish mendedahkan bahawa dirinya pernah menjadi mangsa gangguan seksual ayah kandungnya sendiri. Pengakuan tersebut secara tidak langsung mengejutkan orang ramai kerana tidak menyangka pelakon itu pernah melalui ‘detik hitam’ ketika usianya masih kecil.
Ayah Puteri Balqis buat laporan polis?
Menerusi satu ciapan pengguna di Twitter dikenali sebagai Kamal Aziz, memaparkan foto tangkap layar perbualan dia bersama seorang individu dipercayai ayah kepada Puteri Balqis.
Amekaw kepada yang Retweet dan sebar fitnah pasal bapa Balqish. Ni perbualan aku dengan bapa budak 15 tahun tu.
Di dalam tangkap layar tersebut, lelaki yang disapa sebagai GG menyatakan bahawa dia telah membuat laporan polis berhubung isu terbabit, namun enggan mendedahkan lokasi balai polis tersebut.
Sorry uncle tak boleh nak dedahkan balai mana dan sebagainya tapi memang dah buat laporan polis.
Dedahnya lagi, dia masih waras dan mengakui tidak pernah terfikir untuk membuat perbuatan terkutuk itu terhadap anaknya.
GG masih waras dan wallahi memang tak terniat atau terfikir GG nak buat dan katakan benda-benda keji itu.
Allah Yang Maha Mengetahui segalanya.
Foto tangkap layar
Dakwa Diraba Sejak Kecil, Aqish Dan Bapa Bakal Dipanggil Untuk Siasatan – Menteri
Pendedahan menggemparkan pelakon Puteri Balqis Azizi yang didakwa menjadi mangsa gangguan sek.sual bapanya sendiri telah sampai kepada pengetahuan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Menerusi sebuah temu bual podcast pelakon itu bersama Bros Gang TV, gadis itu pernah dipaksa menonton video luca.h dan dir.aba oleh bapa kandungnya sendiri walaupun dia masih berusia 5 tahun pada ketika itu.
https://youtu.be/lQzPkiyM4as
Maklum mengenai isu yang tular itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun akan memanggil Aqish dan bapanya untuk siasatan jika ada laporan rasmi diterima pihaknya.
“Jika betul ada, kita akan panggil dia dan bapanya untuk disiasat serta tidak teragak-agak ambil tindakan tegas di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.
“Saya difahamkan bahawa artis cilik ini hanya dedah pengakuan itu melalui laman sosial Twitter sebelum tular apabila diulang ciap ramai netizen terutama peminatnya.
“Jika keadaan tersebut betul, ia amat menyedihkan kerana ibu bapa terbabit sepatutnya menjadi pelindung dan pembimbing kepada anak mereka sendiri,” kata Menteri itu seperti dilaporkan Kosmo.
Rina berkata demikian semasa melancarkan Kempen Banteras Jena.yah Sek.sual Dalam Talian Terhadap Kanak-kanak.
Menteri itu turut mendedahkan bahawa kanak-kanak perempuan merupakan golongan paling ramai yang menjadi mangsa penderaan sek.sual di Malaysia
Bertahun Tanggung Derita, Ibu Puteri Balqis Dedah Kerja Jahat Bekas Suami
Sejak semalam hangat diperkatakan apabila pelakon Puteri Balqis mendedahkan sikap buruk bapanya selepas sekian lama memendam rasa.
Pendedahan Puteri Balqis itu tertanya mengejutkan ramai apatah lagi mendakwa dicium, diraba dan diajak untuk menonton luc.ah oleh bapanya ketika diusia masih kecil.
Menerusi perkongsian di Insta Story, ibu Norashikin Mohd Aziz meluahkan rasa kesal apabila ada netizen mendakwa anaknya itu membuka aib bapanya.
Tampil mempertahankan anaknya, Ashikin mendedahkan sikap buruk suaminya namun sebaliknya dirinya yang dipandang jahat dan hina.
Menurut Ashikin, bekas suaminya itu terlibat dalam jenayah mencuri ketika bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah sekolah serta mempersoalkan kembali adakah ianya bukan satu kesalahan jenayah.
Berkongsi pengalaman hitamnya, ketika sedang hamil dia pernah dipaksa oleh bekas suaminya untuk tinggal dalam satu bilik dipenuhi lelaki yang sentiasa berada dalam ketakutan. Dedahnya lagi, apabila bekas suaminya marah, Ashikin berkata padang samurai akan diletakka dilehernya.
Lebih mengejutkan, Ashikin mendakwa pernah dipaksa untuk melakukan perkara tidak senonoh ketika di dalam kereta dan Balqis berada di tempat duduk belakang.
Ashikin menyifatkan manusia di luar sana terlalu kecam dek kerana apabila seorang pelakon bersuara tetapi dikatakan meroyan dan membuka aib.
Ibu kepada pelakon itu turut mempersoalkan dimana keadilan buat diri dan anaknya yang lebih 15 tahun berdiam diri. Askhin turut menjawab persoalan ramai mengapa dia tidak membuat laporan polis, jelasnya bekas suaminya tidak pernah ditangkap kerana mempunyai ramai kroni.
Sumber Ohbulan
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Be the first to comment