
Subang Jaya: Polis mengesahkan menerima laporan dibuat seorang pelakon remaja perempuan yang mendakwa diganggu secara seksual oleh bapanya menerusi pendedahan dalam program ‘broadcast’ di YouTube, baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima laporan dibuat remaja berusia 15 tahun itu jam 10.25 malam tadi.
Katanya, dalam laporan itu menyatakan mangsa diganggu secara seksual oleh bapa kandungnya serta tidak menjaga kebajikan remaja terbabit.
“Mangsa juga mendakwa sering dipertontonkan dengan video lucah dalam telefon bimbit bapanya.
“Kejadian itu berlaku sejak 2013 sehingga 2017 ketika mangsa berusia enam tahun semasa tinggal di kawasan daerah ini.
“Suspek dikatakan melakukan gangguan seksual terhadap mangsa apabila ibunya tiada bersama di rumah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Wan Azlan berkata, kes itu dijalankan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul, Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak Kanak 2001 kerana mengabaikan seorang kanak-kanak dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan bagi kesalahan memiliki bahan lucah.
“Orang ramai diminta yang mempunyai maklumat lanjut berhubung kejadian itu dengan menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Nor Adilah Rosli di talian 016-6873616 atau Pusat Kawalan Daerah Subang di talian 03-78627100 bagi membantu siasatan,” katanya.
Semalam, Harian Metro melaporkan bapa kepada pelakon remaja perempuan membuat laporan polis susulan pendedahan anaknya berhubung sikap buruk lelaki terbabit yang tular dalam media sosial, baru-baru ini.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim dipetik berkata, lelaki berkenaan membuat laporan polis bagi menafikan dakwaan berkenaan di Balai Polis Bandar Baharu, Kedah, kelmarin.
Terdahulu, pelakon berusia 15 tahun menjadi tetamu jemputan dalam satu program ‘broadcast’ di YouTube bagi berkongsi mengenai kisah hidupnya, baru-baru ini.
Pelakon terbabit mendedahkan sikap buruk bapanya selain memperlakukan ibunya dengan teruk.
Kelmarin, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bersedia memanggil pelakon terbabit jika ada laporan dibuat.
Menterinya, Datuk Seri Rina Harun dipetik berkata, setakat ini, belum ada laporan rasmi diterima berhubung perkara itu.
Menurutnya, sekiranya perkara itu benar berlaku, pihaknya akan memanggil pelakon terbabit serta bapanya untuk disiasat dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.
IBU PUTERI BALQIS B0NGKAR SEMUA PERBUATAN BEKAS SUAMI, RUPANYA ADA SEBAB KENAPA DIA & BALQIS TAK BUAT REPORT
Pendedahan pelakon remaja, Puteri Balqis berkenaan kelakuan toxic bapa kandungnya dalam sebuah podcast benar-benar mengejutkan banyak pihak.
Melalui pengakuan tersebut, dia dan ibu dikatakan ditekan secara mental dan fizikal oleh bapanya sejak dari kecil sehinggalah ibu serta bapanya berpisah. Dituduh buka aib keluarga Selain mengalami gangguan oleh bapa kandungnya sendiri, dia dan ibu juga perlu berdepan jenayah yang pernah dilakukan
jenayah yang pernah dilakukan oleh lelaki itu. Namun, masih ada pihak yang mengatakan bahawa mereka membuka aib keluarga sedangkan ia adalah satu pendedahan jenIbu dedahkan lagi perkara jahat bekas suami.
Susulan daripada itu, ibu kepada pelakon tersebut, Norashikin Mohd Aziz telah meluahkan rasa kesal dengan dakwaan-dakwaan netizen yang mengatakan anaknya membuka aib keluarga.
Justeru itu, Ashikin telah menulis di Insta Story anaknya dengan menjelaskan segala kelakuan buruk bekas suaminya yang sebelum ini kerap dianggap ‘mulia’ oleh orang sekeliling. Main forex kata jenayah, menyamun bukan jenayah ke? Ada alasan kenapa tak buat report..
Berkongsi pengalaman hitamnya, ketika sedang hamil dia pernah dipaksa oleh bekas suaminya untuk tinggal dalam satu bilik dipenuhi lelaki yang sentiasa berada dalam ketakutan. Dedahnya lagi, apabila bekas suaminya marah, Ashikin berkata padang samurai akan diletakka dilehernya.
Tak menyesal dedah semua kebenaran, Puteri Balqis juga turut menulis di ruangan Instagramnya dengan mengatakan seburuk manapun ibunya, dialah yang sanggup menjaga serta membesarkannya dengan pelbagai caci maki masyarakat.
Tambahnya, dia dan ibu sama sekali tidak menyesal dengan pendedahan tersebut kerana apa yang dikatakan adalah proses yang dilalui dalam hidupnya sendiri.
Ashikin menyifatkan manusia di luar sana terlalu kecam dek kerana apabila seorang pelakon bersuara tetapi dikatakan meroyan dan membuka aib.
Ibu kepada pelakon itu turut mempersoalkan dimana keadilan buat diri dan anaknya yang lebih 15 tahun berdiam diri. Askhin turut menjawab persoalan ramai mengapa dia tidak membuat laporan polis, jelasnya bekas suaminya tidak pernah ditangkap kerana mempunyai ramai kroni.
Sejak semalam, tular di media sosial pendedahan berani pelakon remaja tersebut berkenaan kisah kehidupannya dengan bapa kandung.
Apa yang dikongsikan di saluran YouTube brosgang itu telah menuai pelbagai maklum balas dan ada di antara mereka menganggap ia sebagai aib yang didedahkan kepada umum. akwaan yang dibuat pelakon remaja itu telah mengundang respon Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd. Harun.
Individu Dipercayai Ayah Puteri Balqis Sudah Buat Laporan Polis, Tak Sangka Ini Kata-Kata Beliau Setelah Dituduh Lakukan Perkara Jijik
Sebelum ini, Pelakon Puteri Balqis atau lebih mesra disapa sebagai Aqish mendedahkan bahawa dirinya pernah menjadi mangsa gangguan seksual ayah kandungnya sendiri. Pengakuan tersebut secara tidak langsung mengejutkan orang ramai kerana tidak menyangka pelakon itu pernah melalui ‘detik hitam’ ketika usianya masih kecil.
Ayah Puteri Balqis buat laporan polis?
Menerusi satu ciapan pengguna di Twitter dikenali sebagai Kamal Aziz, memaparkan foto tangkap layar perbualan dia bersama seorang individu dipercayai ayah kepada Puteri Balqis.
Amekaw kepada yang Retweet dan sebar fitnah pasal bapa Balqish. Ni perbualan aku dengan bapa budak 15 tahun tu.
Di dalam tangkap layar tersebut, lelaki yang disapa sebagai GG menyatakan bahawa dia telah membuat laporan polis berhubung isu terbabit, namun enggan mendedahkan lokasi balai polis tersebut.
Sorry uncle tak boleh nak dedahkan balai mana dan sebagainya tapi memang dah buat laporan polis.
Dedahnya lagi, dia masih waras dan mengakui tidak pernah terfikir untuk membuat perbuatan terkutuk itu terhadap anaknya.
GG masih waras dan wallahi memang tak terniat atau terfikir GG nak buat dan katakan benda-benda keji itu.
Allah Yang Maha Mengetahui segalanya.
Foto tangkap layar
Sumber: kosmo
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Be the first to comment