
BARU sahaja Puteri Sarah Liyana memberitahu dirinya kini tenang daripada sebarang gangguan ‘anasir’ jahat, tiba-tiba baru-baru ini dia terima pula komen yang teruk.
“Apa status awak? Masih isteri atau jangan jadi gantung tak bertali.
“Saya sampaikan pesanan kenalan yang meminati awak sebagai artis idolanya tetapi betul juga katanya, status awak apa?” soal individu itu.
Balas Sarah: ”Status saya nak saman orang.”
Identitinya tidak dapat dikenal pasti malah foto profilnya juga tak menggunakan wajah sebenarnya.
Seram juga apa yang dibalas Sarah. Iyalah, siapa saja yang tidak geram apabila menerima komen sebegitu.
Disebabkan komen mengundang tersebut, ramai mengecam individu berkenaan malah terdapat andaian bahawa akaun tersebut dikendalikan oleh wanita yang didakwa menjadi orang ketiga dalam rumah tangga Sarah.
Sampai bila agaknya mereka nak ganggu hidup orang lain. Tiada kerja nak buat atau memang hobi suka kacau hidup orang?
Sabarlah Sarah, hidup ini memang kejam dan harap banyak lagi kebenaran terbongkar.
‘Selama ni orang ingat saya cantik saja’ – Puteri Sarah
Pelakon Puteri Sarah, 37, menyifatkan lakonannya dalam drama Sabarlah Duhai Hati di TV3 tahun lalu menjadi langkah permulaan dirinya sebagai pelakon semakin dikenali dan terus mendapat tempat dalam industri hiburan.
Puteri Sarah berkata, selama bertahun-tahun menjadi pelakon sebelum ini, baru sekarang bakatnya benar-benar orang lihat dan tidak lagi hanya dilabel tampil cantik saja.
“Selepas enam tahun berehat lama, dari tahun lepas sampai sekarang, Alhamdulillah saya sangat aktif berlakon. Sejak drama Sabarlah Duhai Hati di slot Akasia TV3 bersama Amyra Rosli dan Saharul Ridzwan itu, baru orang nampak (bakat lakonan).
“Selama ini, rupanya orang nampak Sarah cantik saja. Saya sebenarnya memang nak orang nilai dan terima bakat lakonan saya. Alhamdulillah, peluang saya berlakon Ayat Dari Langit dengan Rashid Sibir itu, orang semakin nampak lagi.
“Jadi, sekarang saya nak kembangkan bakat lakonan ini dan tiba-tiba ada rezeki untuk berlakon teater pula dan memang saya nak. Walaupun mulanya saya terfikir ingin berehat dari kerja seketika,” katanya.
Puteri Sarah berkata, sejak pulang dari mengerjakan umrah Mei lalu, hingga kini dia tidak putus-putus mendapat tawaran berlakon.
“Tawaran berlakon yang saya terima ‘back to back’ tak berhenti sampai sekarang. Alhamdulillah, rezeki anak-anak. Walaupun saya bercadang nak bercuti pada Oktober nanti, tapi ada rezeki teater pula,” katanya.
Puteri Sarah bakal terbabit dalam teater Maduku Terpaling Kalut yang sudah memulakan latihan sejak 1 September lalu yang turut dijayakan Azrel Ismail, Anna Jobling dan ramai lagi.
Puteri Sarah akhirnya dedah ‘sisi gelap’ lain perkahwinannya dengan Syamsul Yusuf
Walaupun bahang mengenai kemelut Puteri Sarah dan suami sudah reda, namun masih ramai ternanti-nantikan pengakhiran takdir mereka berdua.
4 tahun bersabar bukanlah perjalanan yang mudah, akhirnya pelakon itu memilih bangkit daripada kesedihan demi kebaikan masa depan sendiri dan anak-anak.
Ini termasuklah memfailkan tindakan undang-undang kepada orang ketiga yang membuat gangguan.
Masa tu Syaikhul baru berumur 2 tahun, dia tak tahu apa-apa…Oh my god, I’am a bad mother
Bersama temubual Nona beberapa hari lalu, Puteri Sarah berkongsikan ‘sisi gelap’ lain yang dialaminya sepanjang bergelut dengan dugaan berat itu.
Tangisannya tidak dapat ditahan apabila mengimbau memori pahit bagaimana dia secara tidak sengaja berkasar kepada anak sulungnya, Syaikhul Islam.
Gara-gara terkena tempias stress ibunya, si kecil itu yang belum mengerti apa-apa sesekali terasa seperti tidak lagi disayangi.
Saya rasa saya tak cantik, sangat buruk sampai saya down sangat
Bukan sahaja emosi, malahan kesihatannya turut terjejas sehingga tidak mampu memberikan susu badan kepada Sumayyah sampai usia 2 tahun.
Sebagai seseorang yang berpendidikan tinggi, Puteri Sarah akui suatu ketika dahulu dirinya sangat berkeyakinan tinggi. Namun ujian kehadiran orang ketiga dalam perkahwinannya bersama suami cukup mengubah segala-galanya.
Soalan terakhir…Siapakah Ira Kazar bagi you?
Dalam soalan terakhir, pengacara sempat bertanyakan siapakah sosok Ira Kazar daripada kaca mata seorang Puteri Sarah.
Bagaimanapun, pelakon drama ‘Ayat Dari Langit’ itu mengunci mulut dan tidak memberikan jawapan lanjut.
Sumber: Kosmo Online!
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Be the first to comment