
KISAH cinta Shuib sering menjadi tanda tanya peminat sehinggakan timbul pelbagai spekulasi mengaitkan pelawak dan penyampai radio Suria FM itu dengan beberapa wanita.
Terbaharu, Shuib dikatakan rapat dengan seorang usahawan iaitu Watie Hanifiah selepas pengguna TikTok ‘membongkar’ kod rahsia kononnya mereka mempunyai hubungan cinta.
Menerusi video yang dimuat naik di platform itu, pemilik akaun TikTok menggunakan nama @farahana mendakwa mereka tampil sedondon ketika menghadiri beberapa buah konsert baru-baru ini.
Shuib dan Watie dilihat mengenakan busana kuning mustrad ketika menghadiri Konsert Anuar Zain & Ziana Zain Live in Kuala Lumpur 2022 pada Ogos lalu selain mengenakan jaket kulit hitam ketika hadir ke konsert Anniversary Tour 30 Years of Dewa 19, Jumaat lalu.
Shuib digosip gara-gara sedondon dengan usahawan.
Mengulas mengenai dakwaan terbaharu itu, Shuib menjelaskan ia kebetulan dan berkemungkinan ada wanita lain turut berpakaian sedondon dengannya.
“Pada konsert Dewa saya pakai jaket hitam dipadankan dengan kemeja-T putih, kalau konsert biasanya macam itu. Ada baju hitam, baju putih… mungkin kebetulan sama.
“Wallahualam, ada wanita lain yang memakai baju sama dengan saya juga. Tapi mungkin orang saja nak mengusik,” katanya kepada mStar.
Bercakap lanjut mengenai Watie, Shuib enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan kononnya usahawan itu adalah wanita dimaksudkan sebagai pilihan ibunya.
“Saya rasa netizen lebih pandai daripada saya, lebih dahsyat daripada penyiasat. Saya tidak mahu komen apa-apa dengan apa yang mereka anggap.
Kalau sudah sampai tahap keterlaluan, baru saya beritahu apa yang betul dan sebaliknya.
“Kalau sudah sampai tahap keterlaluan, baru saya beritahu apa yang betul dan sebaliknya,” katanya.
Dalam pada itu, Shuib pelik apabila orang luar lebih tahu tentang kehidupan peribadinya selain cuba menentukan dengan siapa dia boleh berkawan.
Tidak marah dengan ‘usikan’ yang dibuat namun Shuib berharap netizen berfikir tentang soal perasaan dirinya dan empat anaknya yang masih kecil.
Shuib berharap netizen tidak cuba menentukan kehidupan peribadinya.
“Itulah kehidupan ini penuh dengan kejutan, dugaan dan ujian. Kita tidak akan tahu apa akan berlaku. Tapi itulah, kadang-kadang terasa sedih apabila kehidupan saya ditentukan orang luar.
“Saya tak marah tapi kehidupan kita, biarlah kita yang tentukan sendiri,” ujarnya.
Tambah Shuib, dia sendiri masih dalam keadaan kesedihan selepas kehilangan isteri kesayangan, Allahyarham Siti Sarah Raisudin tahun lalu dan masih mencari rentak dalam hidup.
Video,
Influencer berangan jadi isteri Shuib?
Usahawan Shuib sekali lagi menjadi perhatian orang ramai apabila natizen mendakwa dia sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang influencer.
Hubungan mereka didedahkan oleh @farhana2506, melalui perkongsian di laman media sosial TikTok.
Terdapat beberapa gambar yang dimana baju shuib seakan sedondon dengan wanita tersebut yang dikenali sebagai Watie Hanifiah @iamwatie.
Walaupun mereka tidak bergambar berdua, namun kelihatan mereka berada di lokasi yang sama.
Tambahan juga Shuib selalu ‘like’ gambar-gambar watie melalui perkongsian di Instagram secara tidak langsung menguatkan lagi spekulasi netizen mereka seolah-olah sedang bercinta.
Bukan itu sahaja, watie juga mengikuti Instagram ibu tiri Siti Sarah, Siti Fatima Suberi, ada juga netizen mengatakan Watie pernah membawa keluar anak-anak Shuib keluar bersama-sama.
Sebelum ini Shuib turut dikait dengan beberapa pelakon wanita, Wan Shamila dan Zarazya yang kononnya mereka sedang menjalinkan cinta.
Namun sehingga kini tiada sebarang jawapan tentang jodoh dari Shuib
Sumber Mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Be the first to comment