
Nama pelawak Shuib menjadi bualan hangat di media sosial selepas netizen mula menghidu hubungannya dengan seorang usahawan yang dikenali dengan nama Watie Hanifiah. Suara siapa tu? Tidak habis di situ, tular pula video yang memperlihatkan seorang wanita sedang bermain golf berlatarbelakang suara gelak tawa lelaki. Rata-rata netizen mendakwa suara di video tersebut adalah milik pelawak berumur 38 tahun itu.
Ubah kapsyen.
Susulan itu, Watie dilihat mengubah kapsyen di video yang dimuat naik pada April 2019 dengan menafikan suara itu adalah pemilik nama Shahmira Muhamad. Kata Watie, bapa kepada empat orang anak itu belum lagi terjebak dengan permainan golf pada ketika itu.
Yang datang dari TT (TikTok), untuk pengetahuan anda, bukan suara dia la. Zaman ini, dia pun belum mula main golf lagi. Jadi, tolong. #takbaikfitnahorang.
Pada petang Ahad, tular video di TikTok yang dimuat naik oleh @farahana2506 mengenai pemakaian Shuib dan Watie yang sedondon ketika menghadiri konsert Ziana Zain dan Anuar Zain pada 6 Ogos lalu dan konsert Dewa 19 pada Jumaat lepas. Selepas kecoh, Watie dilihat telah menutup ruangan komen di hantaran Instagram berkaitan kedua-dua konsert terbabit.
Skandal!…Mungkin ia satu kebetulan – Shuib
Pelawak dan usahawan popular, Shuib menafikan mempunyai ‘skandal’ dengan usahawan Watie Hanifiah sejak 2019 susulan tular video wanita terbabit bermain golf sambil berlatar belakang suara lelaki yang didakwa mirip Shuib.
Tampil menafikan sekeras-sekerasnya tuduhan itu, Shuib berkata, perkataan ‘nice’ yang disebut seorang lelaki dalam video itu bukan dirinya. “Saya menafikan apa yang berlegar di media sosial berhubung satu video yang menunjukkan Watie sedang memukul bola golf dan ada kedengaran seperti suara saya.
“Ada yang mengatakan saya sudah lama mempunyai skandal dengan wanita itu sejak 2019. Tuduhan itu sangat tidak adil dan baik untuk saya dan Allahyarham Siti Sarah.
“Kalau dengar semula rakaman itu memang perkataan ‘nice’ yang disebut seorang lelaki mirip suara saya, tapi individu di belakang dalam video itu bukan saya. Tak sama langsung. Biasalah kalau satu ayat senang dan boleh sama tapi suara itu bukan saya dan sangat kelakar.
“Setakat suara semua orang boleh tiru dan mungkin ia satu kebetulan yang tidak disangka-sangka,” katanya.
Menurut Shuib, dia mula bermain golf pada 2020 ketika negara berdepan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Video yang dimuat naik Watie adalah bertarikh 2 April 2019, yang mana pada tahun terbabit saya belum pegang kayu golf lagi. Saya tak tahu mengenai sukan itu pun.
“Saya mula bermain golf pada Mei 2020. Ketika itu negara masih melaksanakan PKP tapi sukan golf saja diberi kelonggaran. Sejak itu saya mula menghubungi rakan-rakan untuk bermain sukan ini.
“Kalau tengok di akaun Instagram, saya muat naik video kali pertama bermain golf adalah pada 18 Mei 2020. Jadi nampak tak perbezaan tahun dan tarikh.
“Ini saja penjelasan saya, selebihnya boleh lihat di akaun Instagram saya mengenai tarikh saya mula bermain golf. Selepas tarikh itu baru saya ligat bermain sukan itu,” katanya.
Terdahulu nama Shuib menjadi perbualan netizen di TikTok selepas tular video memperlihatkan seorang wanita sedang bermain golf berlatar belakang suara lelaki.
Rata-rata netizen mendakwa suara di video itu adalah Shuib memandangkan pelawak itu kini digosipkan mempunyai hubungan cinta dengan wanita berkenaan yang dikenali sebagai Watie.
Gosip mengenai hubungan rapat Shuib dengan seorang usahawan bernama Watie Hanifiah itu mula tersebar selepas seorang pengguna TikTok memuat naik video berkenaan mereka berdua.
Menerusi video tersebut, pengguna itu mendakwa pasangan itu memakai pakaian sedondon ketika menghadiri beberapa buah konsert baru-baru ini.
Terdahulu, penyanyi Siti Sarah Raisuddin meninggal dunia pada 9 Ogos tahun lalu selepas melahirkan anak keempatnya, Ayash Affan dalam keadaan dijangkiti virus Covid-19. Hasil perkahwinan bersama pada tahun 2011, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini berusia setahun satu bulan.
Video,
Sumber: TikTok @ainmintttttt & @iamwatie
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Be the first to comment