AdaSatu K0men PaduDari Pminat TarlkPrhatian Netlzen Masa Neelofa Tnjuk Gmbar BaruBilal

Kuala Lumpur – Meski anak sulungnya sudah menc.ecah usia hampir sembilan bulan, namun sehingga ke hari ini, selebriti popular Neelofa Mohd Noor masih belum mend.edahkan wajah penuh Muhammad Bilal kepada umum.

Nama si cilik popular, Muhammad Bilal sekali lagi menjadi buah mulut ramai selepas selebriti terkenal, Neelofa berkongsi foto anaknya itu dalam Instagram hari ini.

Berbeza dengan perkongsian sebelum ini, Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd. Noor, 33, tidak lagi menggunakan sebarang e.moji untuk menutup wajah putera sulungnya itu.

“Okey Bilal, ummi akan berada di rumah hari ini,” tulis bekas pengacara Nona itu ringkas.

Selain itu, walaupun hanya menampakkan bahagian sisi kanan wajah Bilal, rata-rata netizen tetap berasa teruja.

Bagaimanapun, terdapat juga netizen yang menzahirkan kekecewaan kerana masih tidak dapat menatap wajah Bilal.

“Boleh kempunan nak tunggu Neelofa d.edahkan wajah anaknya,” kata seorang penggunaInstagram.

“Masya-Allah comelnya. Walaupun hanya daripada bahagian tepi, seperti anak patung!” komen seorang lagi netizen.

Satu Komen Tarik Perhatian

Malah, ada dalam kalangan netizen juga turut berharap Neelofa agar segera berkongsi wajah Bilal untuk tatapan mereka.

“Kenapa Neelofa tak tunjuk muka Bilal dari lahir sampai sekarang? Bayangkan mana peminat yang dah sampaiajal, sampai ke sudah tak dapat tengok. Saya sendiri pun selalu intai nak tengok betapa comelnya Bilal, tetapi tak nampak pun. Ibarat menunggu buah yang tak g.ugur,” komen seorang peminat Neelofa.

Komen yang ditinggalkan itu mendapat perhatian ramai, yang mana mereka meminta agar menghormati keputusan bekas pengacara MeleTOP itu.

Sejak bulan lalu, Neelofa dilihat semakin terbuka dan kerap berkongsi foto gelagat Bilal dalam Instagram.

Untuk rekod, Bilal yang merupakan anak pasangan p.opular Neelofa dan penda.kwah bebas, Haris Ismail dilahirkan pada 29 Januari lalu.

Sejak dilahirkan, Neelofa dan Haris mengambil pendekatan untuk tidak berkongsi wajah anak mereka kepada umum bagi mengelakkan sebarang p.enyakit ain.

“Rambut Perang, Kulit Macam Mat Salih”- Hampir Dedah Wajah Bilal, Ramai Bayangkan Anak Neelofa Macam Ni.

Selebriti popular, Nor Neelofa hampir mendedahkan wajah penuh anaknya, Muhammad Bilal dalam sebuah video.

Video yang dimuat naik ke Instagram(IG) Stories miliknya itu telah menjadi tumpuan selepas pemilik akaun peminatnya @lofa.world memuat naik kembali ke akaun IG mereka.

Dalam video itu, Bilal sedang menepuk meja dengan kedua-dua tangannya selepas dipercayai diberi makan.

“First fingger food! Habis dia penyek dengan tangan sado dia,” tulis isteri kepada PU Riz dalam video itu.

Menerusi video itu Neelofa hanya menutup wajah Bilal dengan gambar ‘sticker’ IG kecil tetapi dalam masa yang sama mendedahkan wajah ankanya lebih banyak dari biasa yang dikongsikan.

Dalam pada itu juga dalam video berkenaan jelas menampakkan rambut lembut bayinya berwarna keperangan.

Rata-rata mula memuji wajah Bilal yang dibayangkan seorang anak lelaki kacak.

“Nampak sipi-sipi pun dah handsome,” puji salah seorang pengikutnya.

“Rambut pun perang comel sangat,” kata salah seorang warga maya.

“Kulit macam mat salih,” komen salah seorang netizen.

Dengan video terbaharu itu, rata-rata turut mengatakan Neelofa seperti sudah tidak sabar menunjukkan wajah anak lelakinya.

“Macam Jayden masa kecil nampak dari tepi,” kata salah seorang warga net

“Neelofa tak sabar nak tunjuk sebenarnya,” komen salah seorang pengikutnya.

“Tak lama lagi penampakan Bilal akan muncul,” syak salah seorang netizen.

Tutup wajah Bilal, Neelofa elak anak kena kerumun… Risau kesihatan mental terjejas

TETAP dengan pendirian, selebriti terkenal Noor Neelofa menganggap mana-mana pihak yang mengkritik tindakannya menutup wajah anak seperti tidak mempercayai kewujudan penyakit ain.

Neelofa, 33, menjelaskan dia dan suaminya iaitu pendakwah Haris Ismail atau PU Riz tetap mahu mengutamakan kesihatan anak mereka, Muhammad Bilal biarpun dikecam netizen.

“Jika ada yang mempermainkan mengenai perkara itu, seolah-olah mereka main-mainkan kewujudan ‘ain’ la. Bukan mereka sindir saya sebenarnya.

“Malah hal itu di dalam hadis sahih pun sudah ada. Saya tidaklah arif sangat mengenai perkara ini, tapi perkara itu mungkin boleh melangkaui takdir.

Neelofa

Neelofa dan PU Riz masih tidak tunjuk wajah penuh anak mereka.

“Saya tetap akan buat (tutup wajah anak) walau orang kecam macam mana sekali pun, kami fikir mengenai kesihatan serta kesejahteraan anak,” kata Neelofa kepada mStar.

Bekas pengacara program MeleTOP itu ditemui di majlis pelancaran Disney X Naelofar Alice In Wonderland di IOI City Mall, Putrajaya, pada Khamis.

Bukanlah nak sorok atau tak mahu bagi orang tengok, tidak.

Sebelum ini, Neelofa mengakui dia lebih berhati-hati dan belum bersedia untuk berkongsi wajah penuh Bilal bagi mengelakkan penyakit ‘ain (gangguan yang disebabkan pandangan).

Dalam pada itu, Neelofa memberitahu dia juga mahu anaknya membesar seperti kanak-kanak lain dan akan berkongsi wajah putera sulungnya apabila tiba masa yang sesuai.

“Tunggu bagi dia besar sikit. Bukanlah nak sorok atau tak mahu bagi orang tengok, tidak. Kalau boleh saya mahu dia membesar seperti kanak-kanak normal yang lain.

“Beri masa dia untuk kuat sikit, barulah kita akan bawa dia keluar dan sebagainya,” ujarnya.

Neelofa

Neelofa akan kongsi gambar anak bila waktu sesuai.

Meski ada yang mengencam pendirian tersebut, terdapat segelintir yang menyokong apa yang dilakukan usahawan itu.

“Macam Elly Mazlein sendiri pernah berkongsi. Dia melihat anaknya lebih ceria dan gembira ketika di sekolah, orang tidak kenal dia anak siapa.

“Jadi ia untuk kesihatan mental kanak-kanak. Mungkin kalau pergi mana-mana, kena kerumun atau ambil gambar nanti kasihan pada mereka juga,” katanya lagi

Terdahulu, Neelofa dan PU Riz menyatakan pendirian mereka untuk tidak mendedahkan wajah anak mereka sehingga tiba waktu yang sesuai.

Kredit : Kosmo/IG

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*