
Persembahan pertama kumpulan UBI di malam final Muzikal Lawak Superstar 3 (MLS3) yang berlangsung pada Jumaat lalu menerima reaksi daripada usahawan kontroversi, Nur Sajat.
Menerusi TikTok Live, Sajat yang kini menetap di Australia berkata kumpulan itu berani menjadikan dia sebagai bahan untuk persembahan pada malam itu.
Biarpun kumpulan yang menjuarai MLS3 itu tidak menyebut sebarang nama, namun dialog mengenai Australia dan lagu Bobo Dimana dipercayai ditujukan kepadanya.
VIDEO YANG SAJAT DIPETIK
“Berani mati ya UBI kutuk Sajat… tak tahu lelaki ke perempuan. Kau ini jangan nanti aku buat kau jadi ubi bakar. Mentang-mentang la menang.
“Berani mati kutuk kita dekat Australia ini. Berderau jantung, sabar aja la. Walaupun dia tak sebut nama Sajat, tapi bila dia cakap fasal Australia tu, satu dewan kecoh. Betapa rare Sajat ini.
“Walaupun dia tak sebut nama tapi dia cakap ‘ala kakak kau dekat Australia tu’.
Orang tahu siapa, pasang pula lagu Bobo Dimana, kenal sangatlah. Yang dia nyanyi pula part Sajat,” ujarnya.
Persembahan pertama UBI yang dianggotai oleh Fad, Namie dan Syarif mengisahkan mereka rindu ahli keluarga kerana berada di luar negara bagi menyambung pelajaran.
Untuk menghilangkan rasa rindu, Fad menghubungi ibunya iaitu selebriti terkenal Erra Fazira, manakala Syafif membuat panggilan video dengan Datuk Yusof Haslam yang berlakon menjadi bapanya.
Namie pula berkata dia enggan menghubungi kakaknya yang berada Australia dan persembahan diteruskan dengan lagu Bobo Dimana nyanyian Sajat bersama Datuk Aliff Syukir serta Lucinta Luna.
Bagaimanpun, Sajat atau Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman memberitahu dia tidak marah dengan persembahan itu malah mengucapkan tahniah atas kemenangan mereka.
“Ala tak kisah la, I tak marah pun… I gurau saja. Congratulations kepada UBI kerana menang.
Tapi kalau I masuk, belum tentu lagi you menang ya,” kata Sajat.
VIDEO SAJAT:
Bukan lagi seorang cikgu! Namie akhirnya mengaku sudah tinggalkan kerjaya guru, tolak tepi tohmahan ‘tak sayang pencen’
SEKIAN lama mengunci mulut, akhirnya pelawak Namie mengakui dia tidak lagi bergelar seorang guru dan sudah meninggalkan kerjaya pendidik itu sejak Mac lalu.
Menurut Namie atau nama sebenarnya Najmi Shaharudin, 26, dia terpaksa merahsiakan mengenai perkara itu atas alasan tertentu, namun menegaskan keputusan itu dibuat bukan disebabkan penyertaannya dalam Muzikal Lawak Superstar musim ketiga (MLS3).
“Selepas bekerja dalam industri hiburan, saya tolak tepi segala tohmahan orang ramai yang mengatakan saya tidak sayang pencen.
“Kalau nak cakap saya menyertai MLS3 ini jadi punca saya berhenti kerja sebagai guru, jawapannya tidak kerana saya sudah meninggalkan kerjaya itu sejak bulan Mac lagi.
Akhirnya Namie lega selepas melepaskan kerjayanya sebagai guru.
“Saya minta maaf kerana terpaksa menyembunyikan perkara ini disebabkan tidak mahu mengganggu kesihatan mental dan privasi,” katanya kepada mStar.
Namie ditemui sejurus kemenangannya bersama kumpulan Ubi di pentas final MLS3 yang berlangsung pada malam Jumaat.
Sementara itu, pelawak ini juga memaklumkan keadaan mental dan fizikalnya bertambah baik selepas membuat keputusan meninggalkan kerjaya guru itu.
Dia bagaimanapun masih dalam proses membiasakan diri bergelar seorang anak seni.
“Kalau ditanyakan tentang saya sudah bersedia daripada segi mental untuk menceburi dunia hiburan ini, terus terang saya katakan mental saya sudah lebih tenang sekarang.
“Apa yang saya boleh cakap, mental saya kini sangat-sangat tenang. Cuma apa yang saya kena hadap selepas ini adalah perkara yang saya belum tahu lagi.
“Jadi, kalau nak rasa mental atau fizikal tu kuat ke tidak, saya kena laluinya terlebih dahulu
“InsyaAllah, saya yang pilih jalan ini, mahu atau tidak saya kena sentiasa bersedia,” tambahnya,” ujarnya.
Namie bersama kumpulan Ubi, Fad Bocey dan Sharif Zero.
Berkongsi tentang perancangannya selepas ini, Namie menyimpan impian untuk menyertai program Maharaja Lawak Mega (MLM) dan terus kekal bersama kumpulan Ubi.
“Saya ada banyak impian dalam hidup. Perkara yang saya minat itu memang saya ikut sejak dulu lagi.
“Alhamdulillah saya sudah berjaya di MLS3 dan selepas ini MLM merupakan target saya yang kedua.
“Secara peribadinya saya nak kekal bersama kumpulan Ubi, namun terpulang dengan rezeki dan permintaan daripada peminat juga,” katanya.
MLS3 menyaksikan kumpulan Ubi dianggotai oleh Fad Bocey, Sharif Zero dan Namie diangkat menjadi.
Kemenangan itu melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM150,000.
Sumber AS Sohor
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Be the first to comment