
“Doakan rezeki haykal”, bekas isteri DDNK pohon doa semua untuk sebutan tuntutan nafkah anak. Tidak mahu menunggu lama dan mahu terus menjaga kebajikan anak walau antara mereka sudah tiada hubungan suami isteri, Hasmawatie yang juga bekas isteri pakar saham Datuk Dr Nazri Khan memohon doa agar sebutan tuntutan nafkah anaknya bermula esok berjalan lancar.
Di saat sang suami masih bergembira berbulan madu menaiki kapal layar dan berbahagia di sisi isteri baru iaitu Datin Nor Ernie Rossmerie nampaknya tidak sampai dua minggu mengecap bahagia di sisi isteri yang manja, bekas isterinya sudah memulakan tuntutan sebutan kes tuntutan nafkah anak mereka dikenali sebagai Haykal.
Pasti dirinya tidak mahu duduk diam kerana ada banyak kes melibatkan bekas suami gagal membayar nafkah anak selepas bercerai. Bahkan tindakannya memfailkan permohonan tanpa menanggguh-nangguhkannya amat dipuji.
Untuk pengetahuan, nafkah adalah dirujuk sebagai mengeluarkan belanja atau sara hidup kepada mereka yang wajib ke atas seseorang sama ada isteri, anak dan orang-orang yang di bawah tanggungannya. Ia termasuk keperluan tempat tinggal, makanan, pakaian, pendidikan, keagamaan dan perubatan. Dan selepas bercerai seorang bapa wajib menanggung nafkah anaknya. Jika bapa tiada, tanggungan berpindah mengikut susunan tertib wali.
Watie sudah memulakan proses tuntutan nafkah anaknya di saat bekas suami sedang bahagia berbulan madu.
Dalam pada itu di fbnya yang sama, dilihat Watie mulai mengorak perjalanan hidupnya dan dilihat mulai gembira bersama anaknya yang meningkat remaja itu.
Terbaru, Watie menulis ALLAH ITU ADA, mungkin dirinya sudah menyerahkan segala-galanya atas aturan Yang Maha Esa.
Tulisnya lagi, dikurniakan keluarga, saudara mara, sahabat handai dan jiran yang baik di sekeliling kita juga merupakan rezeki untuk kita dalam kehidupan. Saya bersyukur semua jiran jiran saya yang saya kenali di Anjung Suasana dan Putra Hill Residency sangat la baik dan banyak bagi saya moral support melalui wasap dan fb mesej. Tak terbalas semua budi baik mereka untuk kami. Semoga ikatan sirahturrahim yang dibina ini tetap utuh sampai akhir hayat.
Keluarga kecil ini sangat rapat dengan kami, banyak bantu saya dalam setiap ujian yang saya hadapi tahu duduk cerita saya. Semoga Allah SWT merahmati kehidupan keluarga Abg Amir dan Kak Siti. Memang sedih meninggalkan kejiranan yang sangat baik namun apakan daya sudah tertulis rezeki sekejap itu.
Kena listkan keperluan anak tu yg biasa Ayah beri dr mkn pkai duit poket duit sklh duit tuisyen … sampai bab insurancenya …sebulan bg 2500 je untuk seorang anaknya…ni betul2 kelakarlah …DDNK dh tau kot lps ni ramai takmo join class dia klu apa yg dia kata numpang rezki anak isteri tercinta mcm ni caranya..fight as you can Atielia De Sams Allah with you. Jgn biarkn org yg khianat cinta buat sesuka hati bila dh lupa diri .
Patutnya bekas isteri pn DDNK blh terus tanggung, kata multimillionaire. Tgk Chef Wan, masa tgk blajar kt US, blh tanggung anak, tanggung bekas isteri smpi bekas isteri meninggal. Klu blh beli Ferari, Lambo 2 3 biji, apa lh sgt nk beri nafkah anak dn bekas isteri 100k sebulan pn kecik je nilai nya.
Kalau lah rm5k tu punya fee bayaran belajar trade dengan beliau kan bagus tak lah mahal sampai charge rm10k+. sedangkan beliau selalu promosi 1 minit trade boleh profit 4 ke 5 angka tak kanlah nafkah anak boleh bayar 2 bulan rm5k sahaja.
Pakai kete mewah bole pulak, Spend utk wedding bermewah2, honeymoon pun nk tunjuk mewah, nafkah ank berkira2 . Bole la buat mcm tu masa tgh sihat lg ni. nnti bila dh tua baru nk cari ank. Jgn salahkan ank kalu ank x berapa nk ingat kat hang.
Kalau bercerai mmg jutawan jd auto miskin bab nafkah anak. Bab lain semua dia terpaling kaya. Bab nafkah dia paling miskin, (Kisah benar berdasarkan pengalaman sendiri. Bukan kisah didi and friends).
Kalau dalam dunia ni semua ikut islam..semua ibu tunggal tidak akan mengalami kesukaran membesarkan anak..zaman sekarang semua kos tinggi..bayaran tadika pun mencecah ribu ringgit..complete set baju buku yuran semua..itu belum termasuk perbelanjaan sekolah harian.aktiviti sekolah dari semasa ke semasa, asrama, ko kurikulum..keperluan diri anak2, mkn minum..belanja diperingkat universiti lain pulak kosnya..kebanyakkan org sekarang hanya sekadar ingin lepas diri sahaja, mereka tidak fikirkan tanggungjawab
Seriously ??!!!?? Papa is a multi-millionaire yg acap kali kata rezeki yg dia dapat adalah utk keluarganya ie..isteri, anak, ibubapa dan saudara mara. His suits cost more than that. Itulah bila dah dapat toy baru semua janji2 dia lupa. Allahu…Hayqal is his only child, tak patut berkira dgn zuriat sendiri!!
Dia dgn bini baru dia tu xmalu ke ek… kalau aku laa malu gilerr.. nak keluar jumpe orang pun malu.. ni mcm muke tembok je.. siap expose belanje mewah..tp tang nafkah anak berkira.. fighting sis.. semoga hak anak sis terbela..
Yg dpt yanti doakan adalah semoga walaupun berpisah, dptlah ex asben tetap tidak mengabaikan nafkah yg sepatutnya dan hiduplah dlm keadaan aman damai sementara kita semua masih di dunia ni. InnshaAllah hidup tenang yg kita perlukan.
Sumber MW/FB
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Be the first to comment