
Umum mengetahui hari ini bermula kes perbicaraan pertuduhan gangguan seksual yang mengaitkan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew di Mahkamah Majistret Tenom, Sabah.
Memetik BH Online, saksi pendakwaan kes gangguan seksual Ebit lew memberitahu pengadu pada awalnya enggan membuat laporan polis kerana menganggap tertuduh sebagai ‘orang besar’.
Saksi pendakwaan pertama itu iaitu Mohd Fairuz Abu, seorang pakar motivasi berkata sebelum ini dia menerima puluhan mesej menerusi aplikasi WhatsApp daripada individu yang mengadu menjadi mangsa gangguan seksual termasuk yang dilakukan tertuduh.
“Salah seorang individu yang hubungi saya adalah ‘pengadu’ (identiti tidak didedahkan atas arahan mahkamah) pada jam 11.04 malam 26 Julai 2021…ada juga mangsa lain yang mengadu menjadi mangsa gangguan seksual Ebit Lew, tetapi mereka tidak meletakkan nama mereka kerana takut dan tidak berani tampil ke depan.
“Pada awalnya ‘pengadu’ (identiti tidak didedahkan) bertanya siapa individu yang saya maksudkan dalam ‘posting’ (di Facebook).
“Bila saya menyebut berkaitan Ebit Lew, maka pengadu terus berkongsi tangkap layar perbualan Ebit Lew dengan beliau, juga menghantar gambar kemaluan yang diberikan oleh Ebit Lew melalui WhatsApp,” katanya.
Fairuz memberitahu mahkamah, dia menasihatkan pengadu supaya membuat laporan polis namun pengad takut kerana dirinya hanya ‘orang kecil’ berbanding Ebit Lew adalah ‘orang besar’.
“Saya katakan kepada ‘pengadu’ jika ruang dan peluang ini tidak digunakan untuk membuat laporan polis, maka bayangkan berapa ramai lagi yang akan diganggu secara seksual oleh Ebit Lew,” katanya.
Bagaimanapun, jawapan saksi dibantah oleh peguam tertuduh kerana berpendapat jawapan “bayangkan berapa ramai lagi yang akan diganggu oleh Ebit Lew” bersifat tuduhan yang tidak mempunyai bukti.
Namun, Timbalan Pendakwa Raya Zahida Zakaria membalas bantahan peguam tertuduh dengan menyatakan apa yang dikatakan saksi adalah perbualan antara dia dengan pengadu.
Tambah Fairuz lagi, laporan polis akhirnya dibuat tertuduh dan dia sendiri juga dipanggil untuk memberi keterangan.
“Saya juga dipanggil untuk jadi saksi bagi diambil kenyataan oleh polis dan telefon (jenis) OnePlus saya juga telah diberikan kepada polis,” katanya.
Untuk rekod, Ebit Lew berdepan 11 pertuduhan, antaranya didakwa mengaibkan kehormatan seorang wanita dengan menghantar gambar dan perkataan lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun tahun lalu.
Saksi Pertama Kepada Kes Ebit Lew Buat Kenyataan. Ini Yg Diberitahu Kepada Mahkamah.
Saksi pendakwaan kes gangguan sek sual membabitkan pendakwah terkenal Ebit Lew, memberitahu mahkamah bahawa pengadu kes itu pada mulanya enggan membuat laporan polis kerana menganggap dirinya sebagai ‘orang kecil’ dan tertuduh pula sebagai ‘orang besar’.
Mohd Fairuz Abu, seorang pakar motivasi yang menjadi saksi pertama pihak pendakwaan berkata, dia sebelum ini juga menerima puluhan mesej menerusi aplikasi WhatsApp daripada individu yang mengadu menjadi mangsa gangguan sek sual termasuk yang dilakukan tertuduh.
“Salah seorang individu yang hubungi saya adalah ‘pengadu’ (identiti tidak didedahkan atas arahan mahkamah) pada jam 11.04 malam 26 Julai 2021…
Ada juga mangsa lain yang mengadu menjadi mang sa gangguan sek sual Ebit Lew, tetapi mereka tidak meletakkan nama mereka kerana takut dan tidak berani tampil ke depan.
“Pada awalnya ‘pengadu’ (identiti tidak didedahkan) bertanya siapa individu yang saya maksudkan dalam ‘posting’ (di Facebook).
“Bila saya menyebut berkaitan Ebit Lew, maka pengadu terus berkongsi tangkap layar perbualan Ebit Lew dengan beliau, juga menghantar gambar kema luan yang diberikan oleh Ebit Lew melalui WhatsApp,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Zahida Zakaria di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani.
Fairuz juga memberitahu mahkamah, dia kemudian menasihatkan pengadu membuat laporan polis namun pengadu takut kerana menganggap dirinya hanya ‘orang kecil’ dan Ebit Lew pula sebagai ‘orang besar’.
“Saya katakan kepada ‘pengadu’ jika ruang dan peluang ini tidak digunakan untuk membuat laporan polis, maka bayangkan berapa ramai lagi yang akan diganggu secara sek sual oleh Ebit Lew,” katanya.
Jawapan saksi itu kemudian dibantah peguam Ram Singh yang mewakili tertuduh kerana berpendapat jawapan “bayangkan berapa ramai lagi yang akan diganggu oleh Ebit Lew” bersifat tuduhan yang tidak mempunyai bukti.
“Jawapan itu tidak boleh direkodkan kecuali dia ada bukti laporan polis,” katanya.
Bagaimanapun, Zahida membalas bantahan Ram Singh dengan menyatakan apa yang dikatakan saksi adalah perbualan antara dia dengan pengadu.
Tambah Fairuz lagi, laporan polis akhirnya dibuat tertuduh dan dia sendiri juga dipanggil untuk memberi keterangan.
“Saya juga dipanggil untuk jadi saksi bagi diambil kenyataan oleh polis dan telefon (jenis) OnePlus saya juga telah diberikan kepada polis,” katanya.
Ebit Lew, 37, atau nama penuhnya Ebit Irawan Ibrahim Lew menghadapi 11 pertuduhan, antaranya didakwa mengaibkan kehormatan seorang wanita dengan menghantar gambar dan perkataan lu cah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun tahun lalu.
Beliau didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Kesek saan yang membawa huku man penja ra sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya bagi setiap pertuduhan.
Sumber : BHARIAN ONLINE.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Be the first to comment