“Mereka Tak Minta Wang Tebusan”, ‘Kepala Ditutup Plastik Hitam, Dikurung Bersama Anjing, Babi’ – Azi Mula Buka Cerita

KOTA BHARU – Mangsa culik yang dikenali sebagai Azi menceritakan dia dibawa lari ke Thailand dan Laos sebelum diselamatkan oleh pihak berkuasa negara Gajah Putih itu.

Ejen kosmetik yang berusia 36 tahun itu terpaksa menaiki bot menyeberangi Sungai Golok di Pengkalan Kubor, Tumpat, bertukar-tukar kereta dan orang serta melalui jalan kebun getah dengan kepalanya ditutup menggunakan plastik hitam.

Kes culik ejen produk kosmetik: 'Azi diheret, tak sempat pakai selipar, tudung'

Pengalaman ngeri yang dilalui oleh ibu kepada seorang anak itu menyebabkan dia masih trauma dengan apa yang berlaku.

“Kalau boleh saya tidak mahu bercerita tentang perkara ini sehinggakan pintu pagar rumah pun tidak mahu dibuka sebab fobia.

“Bagi saya ruang, bila sudah bersedia saya akan ceritakan semuanya,” katanya kepada pemberita ketika hadir bersama rombongan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Che Abdullah Md Nawi pada Selasa.

Che Abdullah meluangkan masa selama setengah jam melawat Azi bagi bertanyakan khabar.

Menurut Azi, dia diberi makanan dan pakaian serta terpaksa tinggal di kawasan yang terdapat anjing dan babi.

Katanya, pada waktu itu dia hanya mampu menangis dan merayu minta dibawa pulang.

“Hari-hari yang saya lalui terasa panjang serta tiada beza siang dan malam,” katanya.

Ujar Azi lagi, semasa di Laos penculik memberitahu paling awal tiga minggu dan paling lama sebulan dia akan ditahan.

Katanya, di sana dia ditempatkan di sebuah inap desa yang dikelilingi sawah padi.

“Selepas beberapa hari, seorang daripada penculik itu memberitahu ‘you back home’ dan saya bertanya ‘when?’.

“Dia membalas ‘today’. Sukar untuk saya berkomunikasi dengan penculik kerana mereka tidak boleh berbahasa Melayu dan Inggeris,” katanya.

Menurut Azi, dia kemudian dibawa ke Bangkok untuk diserahkan kepada pihak lain namun dalam perjalanan tersebut mereka ditahan oleh pihak imigresen (Thailand).

Katanya, kemudian dia dibawa ke depot tahanan imigresen sebelum diserahkan kepada Kedutaan Malaysia di sana.

CeBerita | Cerita & Berita Semasa, Hiburan, Gosip, Viral, Sukan, Terkini

Sinar Harian pada 14 September lalu melaporkan seorang wanita berusia 36 tahun dipercayai diculik dalam kejadian di Kampung Semat Jal, Palekbang.

Dalam kejadian jam 5.10 petang itu, mangsa, Rosnazirah Mohd Naim didakwa dilarikan empat lelaki dengan menggunakan kereta jenis Toyota Vios berwarna perak.

Terdahulu,

Ejen kosmetik mangsa culik selamat kembali ke rumah

Ejen kosmetik mangsa culik selamat kembali ke rumah

Mangsa culik yang dilarikan kumpulan penjenayah pada 13 September lalu pulang ke rumah keluarganya petang tadi.Rosnazirah Mohd Naim, 36 tahun, diiringi pulang oleh Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun ke kediaman keluarga di Kota Bharu sekitar jam 2.50 petang.

“Kita serahkan kepada keluarga dalam keadaan baik dan selamat. Mungkin ada sedikit tekanan emosi, tapi semuanya baik. (Dia) bercakap dengan baik, (dan sudah) berjumpa dengan keluarga.

“Ini beri kesan bukan sahaja kepada keluarga tapi kepada semua yang memberi perhatian kepada kes ini. Sama-sama kita jadikan iktibar… masyarakat di Kelantan supaya sering ambil berat tentang keadaan orang lain,” ujar beliau.

Menurut Muhamad Zaki lagi, orang ramai dan kenalan dinasihatkan supaya tidak mengganggu mangsa buat sementara waktu bagi memberi ruang buat keluarga tersebut.

Katanya, usaha keras Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya Polis Kelantan dan Polis Thailand telah berjaya membawa pulang mangsa dalam keadaan selamat tanpa melibatkan sebarang pembayaran wang tebusan.

Jelasnya, pihak polis masih menjalankan siasatan berhubung kes berkenaan. Pada masa sama, beliau meminta rakyat Kelantan menjadikan kejadian itu sebagai pengajaran agar tidak terlibat dalam mana-mana kumpulan pengedaran d4.d4h.

Selepas dibenarkan pulang, pihak polis tidak bercadang untuk melakukan pemantauan di rumah atau menempatkan anggota menjaga keselamatan mangsa.

PDRM juga akan memberikan khidmat kaunseling kepada keluarga mangsa dan mangsa dalam menghilangkan kesan trauma yang dilalui. Dalam pada itu, siasatan ke atas empat individu yang ditahan reman sebelum ini masih diteruskan.

Rosnazirah dilarikan empat individu dari kediamannya di Kampung Semat Jal, Tumpat pada 13 September lepas. Mangsa dikatakan dibawa lari ke Thailand oleh kumpulan dipercayai kartel da.dah.

Tindakan membawa lari mangsa dikatakan ada kaitan dengan sindiket pengedaran da.dah. di Thailand.

Sumber Sinar.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*