
HAMPIR sebulan menghilang, Pencetus Ummah (PU) Azman akhirnya muncul dengan memuat naik sekeping foto di Instagram yang memaparkan dia menghadiri sebuah acara kenduri pada Selasa.
Menerusi foto berkenaan, PU Azman atau Azman Syah Alias, 41, dilihat sedang berdiri bergambar dipercayai bersama beberapa ahli keluarganya.
Namun apa yang menjadi perhatian pengikutnya, susuk tubuh pendakwah bebas itu yang memakai kemeja-T berwarna biru gelap dan berkopiah hitam kelihatan agak cengkung daripada kebiasaan.
“Alhamdulillah, jarang dapat kumpul, semua lengkap,” tulisnya pada kapsyen gambar tersebut.
Kehilangan Pu Azman atau Cik Man jadi tanda tanya pengikut setianya.
Sementara itu, menerusi ruang komen hantaran berkenaan, pengikutnya menyambut baik kemunculan semula pendakwah itu selepas kali terakhir memuat naik posting di Instagram pada 3 September lalu.
Malah ramai peminat meluahkan rasa rindu dengan gurau senda dan tazkirah serta perkongsian ilmunya di radio.
“Lama tak nampak… lesu nampak muka Cik Man.
“Alhamdulillah, lama Cik Man tak update. Rindu gurau senda Cik Man dekat Suria FM.
“Cik Man okay? Semoga baik-baik sahaja untuk Cik Man. Lama menyepi,” antara komen netizen.
Peminat meninggalkan komen teruja melihat Cik Man kembali aktif di Instagram.
Sebelum ini juara program Pencetus Ummah musim kedua itu dikaitkan sebagai pendakwah bebas yang ditahan reman bagi membantu siasatan terhadap beberapa kes amang seksual.
Sejak kes itu menjadi perhatian ramai, netizen mula menyerang Instagram miliknya bagi mendapatkan kepastian adakah dia individu yang dimaksudkan.
Malah peminat turut tertanya-tanya mana menghilangnya PU Azman selepas dia juga tidak muncul menerusi segmen agama di Suria FM yang seterusnya menguatkan lagi khabar angin berkenaan.
Terdahulu,
DJ Lin minta henti spekulasi babit PU Azman, kemunculan Asni Mansor hanya sebagai pendakwah jemputan
KEMUNCULAN pendakwah bebas Asni Mansor menerusi segmen Morning Morning Suria pada pagi Jumaat menjadi topik hangat di media sosial apabila ramai bertanya tentang keberadaan Pencetus Ummah (PU) Azman yang sepatutnya mengendalikan segmen tersebut di Suria FM.
Rata-rata mula membuat spekulasi ketiadaan PU Azman atau Cik Man disebabkan desas-desus mengaitkan dirinya dengan satu kes jenayah sedang hebat diperkatakan ketika ini dan kemunculan Asni sebagai penggantinya yang baharu.
Pengurus Besar Suria FM, DJ Lin bagaimanapun meminta pendengar menghentikan spekulasi yang tular termasuk membuat sebarang andaian berhubung segmen berkenaan.
Kata DJ Lin atau Roslinda Abdul Majid, ketika ini pihak stesen menjemput beberapa pendakwah bagi mengisi kekosongan segmen itu yang dikendalikan oleh Ajak, Shuib dan Suraya pada pukul 8 hingga 9 pagi.
“Buat masa ini, pihak Suria FM memang mengetengahkan atau menjemput beberapa ustaz atau ustazah untuk ke udara setiap Jumaat kerana kita tidak mahu segmen tersebut kosong.
“Pengisian program kena terus berjalan kerana segmen tersebut memiliki pengikutnya yang tersendiri setiap Jumaat,” katanya ketika dihubungi mStar.
Dalam pada itu, DJ Lin berkata, segmen berkenaan adalah laluan untuk para pendengar bertanyakan sebarang kemusykilan tentang agama yang akan dijawab oleh ustaz atau ustazah jemputan.
Jelasnya lagi, segmen itu juga adalah sebagai tanggungjawab sosial Suria FM yang perlu diteruskan apatah lagi ia mendapat sambutan daripada pendengar Suria FM.
DJ Lin juga minta menghentikan sebarang spekulasi mengenai PU Azman.
“Segmen itu memang kita beri laluan kepada ustaz atau ustazah berkaliber untuk menjawab sebarang soalan atau kemusykilan berkaitan keagamaan dalam kalangan pendengar.
“Jadi kita tetap teruskan dan mengundang beberapa tetamu jemputan supaya setiap pagi Jumaat pendengar mendapat manfaat daripada perkongsian pendakwah yang diundang ke konti radio.
“Minggu ini kita ada ustazah Asni Mansor, minggu depan mungkin ada ustaz atau ustazah lain untuk membantu masalah pendengar tentang agama Islam,” ujarnya.
Mengenai ketiadaan PU Azman mengendalikan segmen itu, DJ lin berkata pihaknya akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi dalam masa terdekat.
Sumber Mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Be the first to comment