
Ketika pelakon Datin Rebeccca Nur Al-Islam berkongsi berita gembira mengenai kehamilannya yang sudah memasuki usia dua bulan, ternyata ada khabar duka yang datang bersama.
Jelas Rebecca, berkemungkinan dia tidak dapat meneruskan kehamilan itu disebabkan beberapa faktor yang mendatangkan risiko tinggi buat anak di dalam kandungan tersebut.
Hal ini kerana, kesemua cahaya matanya yang terdahulu telah melalui proses pembedahan dan kesan daripada itu akan membahayakan dirinya apabila hamil sekali lagi.
“Kandungan saya kali ini sangat berisiko tinggi, sebab sebelum ini kesemua lima anak saya lahir melalui cara pembedahan, bila bedah ini ada risiko susulan kepada saya kalau mengandung lagi.
“Tetapi saya akan berjumpa pakar sakit puan untuk membuat pemeriksaan terperinci mengenai kandungan saya.
“Sekiranya doktor kata boleh teruskan maka saya teruskan, kalau tidak boleh saya reda terpaksa melepaskan bayi dalam kandungan ini.
“Saya tidak mahu ianya memberikan kesan buruk kepada saya apabila nanti usia kandungan sudah memasuki tujuh bulan,” katanya ketika dihubungi Gempak pada Khamis.
Terdahulu, Rebecca berkongsi berita kehamilannya itu menerusi satu hantaran di laman Instagram miliknya.
Tambah Rebecca, dirinya sudah bersedia dengan sebarang keputusan dan akui reda dengan berita yang akan diterima usai melakukan pemeriksaan nanti.
Malah dia turut memohon doa daripada orang ramai agar urusannya dipermudahkan.
“Saya reda, saya tahu Allah dah susun yang terbaik untuk saya dah keluarga, mohon semua doakan yang baik-baik. Saya percaya pada rezeki Allah.
“Untuk berjumpa doktor pakar nanti saya dah persiapkan diri, saya percaya kepada doktor pakar yang lebih arif mengenai masalah ini,” tambahnya.
Rebecca bakal bertemu dengan doktor pakar sakit puan untuk mengetahui keadaan kandungannya.
Menjelaskan mengenai kehamilan itu, Rebecca berkata, ia berisiko kerana akan menyebabkan kemudaratan terhadap diri termasuk risiko kematian ketika bersalin.
“Sekiranya saya pilih untuk meneruskan kehamilan ini, bayi akan selamat tetapi saya tidak.
“Apa-apa pun, semuanya bergantung kepada pemeriksaan dan keputusan yang akan diberitahu doktor nanti,” jelasnya.
Dalam pada itu, Rebecca mengakui berasa teruja apabila disahkan hamil walaupun tidak menyangka bakal bergelar ibu lagi.
Rebecca bersama suami dan anak-anak.
Kata Rebecca, dia tidak kisah mempunyai anak yang ramai kerana dia sendiri memang sukakan kanak-kanak.
“Saya pada awalnya terkejut juga kerana tak merancang untuk hamil. Tetapi ini semua rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.
“Saya tak kisah mempunyai ramai anak kerana rumah saya sekarang pun dah macam sebuah tadika,” katanya.
Sementara itu, pelakon ini memohon agar peminat mendoakan kandungannya berada dalam keadaan baik dan dapat menempuh tempoh kehamilan tanpa sebarang masalah.
Untuk info, Rabecca mendirikan rumah tangga bersama Datuk Nur Azam Sulaiman pada Januari 2011 dan telah dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Nor Anggun Raverra, 10, Nor Anggerik Renesmee, 9, Nor Aliff Al- Raffael, 6, Nor Ahmed Al- Reaggan, 3, dan Nor Aurora Riana, 3.
Selain itu, Rabecca juga memiliki seorang anak angkat, Nor Adam Daniel, 14, serta dua anak tiri yang masing-masing berusia 26 dan 19 tahun.
Sumber MediaHiburan
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Be the first to comment