Almy Nadia Luah Rasa Tidak Puas Hati Dgn Cikgu Sekolah Anak Perempuan Dia. Rupanya Cikgu Ini Ada Suruh Anak Almy Buat Sesuatu Tak Masuk Akal

Bengang anak kesayangan dipaksa ‘ikat perut’ disebabkan guru di sekolah menyuruhnya untuk kurus, pelakon Almy Datin Almy Nadia melahirkan rasa kecewa apabila situasi tersebut terjadi.

Almy atau nama sebenarnya, Almy Nadia Aminuddin Shah, 36, memaklumkan anak sulungnya, Nur Adrina Arianna, 7, didenda guru di sekolah yang menyuruhnya untuk menguruskan badan.

“Dia (anak) kata tak nak makan sebab nak kena kurus. Cikgu suruh kurus.

Almy Nadia sebak, 8 ahli keluarga positif Covid-19 - Kosmo Digital

“Ni dia mak hang bising. Ambik hang! Marah betul mama hang tau apabila ada orang suruh anak hang kurus.

“Ini dah susut banyak tau sebab dia sekolah pagi petang penat sekolahnya,” getus isteri kepada pelakon, Datuk Fizz Fairuz menerusi satu hantaran status dalam Instagram.

Tambah pelakon dan usahawan itu lagi, anaknya mengikut arahan kurangkan makan, jika tidak, dia akan didenda di sekolah oleh guru terbabit.

Netizen Hairan Anak Setiap Hari Berbaju Raya, Ini Penjelasan Almy Nadia

“Nanti dia kena marah di sekolah. Mama (saya) memang naik hantu hari ini.

“Tunggu Isnin (naik sekolah) hang pergi panjat sekolah jumpa cikgu mana yang suruh kamu kurus itu.

Kakak Nanti Besar Baca Tau, Mama Sayang Kakak Sangat…” - Anak Sulung Genap 7 Tahun, Ini Luah Kata Datin Almy Nadia - Media Hiburan

“Sibuk nak suruh anak aku kurus. Anak aku nak bawa beg sekolah pun tak larat faham? Aku marah hari ini,” tegas Almy.

Almy berkahwin denhgan Fizz, 42, pada 2014 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan empat orang cahaya mata termasuk seorang anak angkat.

Almy sebelum ini juga pernah menjadi mangsa kritikan netizen apabila ada yang menyamakan perubahan saiz badannya yang semakin membesar sama macam babi terutama selepas melahirkan anak dan tidak lagi bergiat aktif dalam dunia lakonan.

“Kakak Nanti Besar Baca Tau, Mama Sayang Kakak Sangat…” – Anak Sulung Genap 7 Tahun, Ini Luah Kata Datin Almy Nadia

Pelakon, Datin Almy Nadia menitipkan ucapan istimewa bersempena ulang tahun kelahiran anak pertamanya, Nur Afrina Arianna yang kini genap 7 tahun.

Isteri kepada pelakon terkenal Datuk Fizz Fairuz itu berkongsi titipan kata menerusi satu entri yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.

“Kakak Nanti Besar Baca Tau, Mama Sayang Kakak Sangat…” – Anak Sulung Genap 7 Tahun, Ini Luah Kata Datin Almy Nadia

“Assalammualaikim good morning semua. Dear my twin nur afrina arianna Selamat hari jadi wahai anak mama, kejap ja rasanya dah 7 tahun,” tulisnya.

Serentak dengan itu, ibu kepada empat orang cahaya mata ini mendoakan agar puteri sulungnya itu dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki selalu.

Tambahnya lagi, dia berharap Arianna atau lebih mesra dengan panggilan Nana itu menjadi seorang anak yang solehah dan kakak yang baik kepada adik-adiknya.

“kakak nnt besar baca tau, mama sayang kakak sangat2 tau, mama sentiasa doakan kakak panjang umur,sentiasa dimurahkan rezeki.

“Menjadi anak yang solehah buat mama n papa dan menjadi kakak yang baik, menjadi contoh yang sempurna buat adik2 dan semua. Happy birthday nana mama very love u @fizzfairuzofficial,” tulisnya lagi.

“Kakak Nanti Besar Baca Tau, Mama Sayang Kakak Sangat…” – Anak Sulung Genap 7 Tahun, Ini Luah Kata Datin Almy Nadia

Sekadar informasi, Almy dan Fizz telah mendirikan rumah tangga bersama pada 26 April 2014.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini turut dikurniakan tiga orang cahaya mata yang lain bernama Nurr Afrina Aurora, 6, Nur Afrina Ayra, 4 dan Nur Afrina Aisyah yang baru sahaja dilahirkan pada Disember lalu.

Di samping, mereka juga turut memiliki seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 11.

Sumber – K0SMO! ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*