‘Saya Bukan Manusia Paling Sempurna..’ – Dibandingkan Dengan Pemakaian Diana Amir, Neelofa Mula Bersuara

Pengacara dan usahawan terkenal, Noor Neelofa mengakui bahawa dirinya masih banyak kelemahan dan berasa tidak sempurna selepas pernah dibandingkan dengan bekas pelakon Diana Amir.

Dibandingkan dengan Diana Amir

Ketika ditemui OhBulan!, Neelofa mengatakan bahawa dia sedang mencuba memperbaiki dirinya untuk menjadi lebih baik.

Saya ada tengok beberapa kisah atau perjalanan hidup orang di sekeliling saya. Kehidupan mereka lepas, jauh lebih tidak manis daripada kehidupan saya.

Tapi bila Allah pilih dan ubah dia, kadang-kadang kita tak tahu sebenarnya Allah ubah dia jauh lebih baik dariapada saya. Saya bukan nak cakap pasal Diana Amir tapi orang lain.

Suka sangat diorang ni…”- Video Izara Aishah & Neelofa Dapat Pujian Ramai – Viral MY

Ujarnya lagi, isu dia bersama Diana Amir masih lagi banyak kelemahan dan berharap agar orang ramai mendoakan yang terbaik buat mereka.

Sudah tentu saya bukannya seorang yang alim, soleh, cukup ilmu tinggi.. tidak. Tapi saya di sini cuba sedaya upaya untuk berusaha.

Setakat yang saya mampu untuk menjadi orang baik dulu. Tapi saya bukan manusia yang paling sempurna yang anda semua expect saya jadi macam tu.

Saya berniqab kerana Allah SWT – Diana Amir - Kosmo Digital

Difahamkan, penampilan Neelofa ketika bertemu dengan Diana Amir mengundang pelbagai reaksi netizen kerana mereka membandingkan pakaian kedua-dua selebriti terbabit. Malah, ada juga di antara mereka yang berpendapat bahawa fesyen Diana dilihat tidak berlebihan berbanding Neelofa.

Saya berniqab kerana Allah SWT – Diana Amir

Selepas lebih 10 tahun bertudung, pelakon Diana Amir kini tampil dengan imej baharu iaitu berniqab.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Diana atau nama lengkapnya Nurdiyana Amir Hashim, 36, mengakui segan untuk bercakap tentang perubahan imej baharu itu kepada umum kerana menganggap dirinya masih dalam proses untuk belajar.

“Sebenarnya saya segan hendak kupas tentang isu niqab ini. Kalau ada orang bertanya, saya hanya minta mereka doakan saya.

“Jadi mohon sahabat-sahabat yang berhati mulia, doakanlah saya yang masih perlu belajar ini supaya diberikan kefakihan (tuntutan syariat Islam) agama, taufiq dan hidayah daripada Allah SWT,” katanya.

Doakan Saya..” – Segan Nak Mengaku, Diana Amir Kini Berniqab Sepenuhnya

Menerusi hantaran video yang dikongsikan, Diana berkata perubahan imejnya itu merupakan satu fasa untuknya memperbaiki diri menjadi insan yang lebih baik sebagai seorang muslimah sejati.

“Perubahan ini (berniqab) merupakan satu fasa untuk saya perbaiki diri. Apa yang penting saya tidak melanggar syarak. Saya berniqab dengan ikhlas kerana ibadah. Semoga saya mendapat Rahmat oleh Allah SWT,” jelasnya.

Pada masa sama, Diana berkata perubahan yang dilakukan seseorang itu perlulah disertakan bersama dengan niat kerana Allah SWT.

Pelakon Adam Maya itu yakin bahawa Allah SWT akan membantu untuk mendekatkan diri seseorang yang sedang istiqamah itu selagi niatnya adalah kerana Tuhan.

Macam Elsa muslimah! Peminat teruja tengok Diana Amir meluncur ais pakai jubah & niqab

“Sebagai hamba Allah yang banyak kekurangan, bersangka baiklah kepada Allah. Setiap apa yang kita lakukan, carilah kebaikannya,” kata Diana.

Dalam pada itu, Diana turut berharap peminatnya mendoakan dirinya dan keluarga supaya hati tidak berbolak-balik dalam mencari keredaan Tuhan.

“Sesungguhnya hidup ini ‘pentas ujian’ Semoga kita berjaya dan kembali padaNya dengan husnul khatimah (mati syahid).

“Semoga anda yang sedang diuji juga diberi rasa tenang, kesabaran dan jalan keluar daripada musibah,” katanya.

Saya Segan Nak Kupas lsu Niqab, Mohon Doakan Baik-Baik” – Diana Amir Mengaku Sudah Berniqab – Malaysia Times

Sekadar info, Diana mula mengenakan hijab pada tahun 2011. Selepas melakukan penghijrahan imej, Diana sememangnya sengaja memperlahankan rentaknya dalam bidang seni.

Diana juga mengakui tidak lagi berasa teruja untuk kembali dalam bidang lakonan kerana perlu memikirkan soal keluarga terutama tiga orang anaknya

Sumber Ohbulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*