‘Saya Cari Rezeki Halal’ – Setelah Lama Menyepi, Ini Luahan Faizal, Dulu Pernah Juara AF4, Kini Kerja Penjual Penapis Air

Sejak beberapa hari lalu apabila nama penyanyi Faizal Ramly kembali hangat diperkatakan selepas sebuah video di Tik Tok yang memaparkan mengenai perkembangan terkininya setelah sekian lama menyepi menjadi tular.

Menerusi video tersebut, Faizal memaklumkan dia baru sahaja memulakan pekerjaan barunya bersama syarikat penyedia kelengkapan rumah terkemuka dunia.

Lantaran itu, Faizal berharap agar semua pihak dapat menunjukkan sokongan terhadap dirinya selepas ini.

” Assalamualaikum semua, ini adalah hari pertama saya berbakti bersama Coway.

” Ini adalah sahabat-sahabat seperjuangan saya. Sokonglah saya dan kawan-kawan yang lain. Ameen,” katanya.

Sementara itu, menerusi sebuah lagi video berasingan, Faizal yang juga merupakan pemenang program Akademi Fantasia musim keempat (AF4) memaklumkan dia masih lagi aktif menyanyi meski sudah menceburkan diri dalam pekerjaan baru.

Ujarnya lagi, dia masih lagi aktif dalam bidang nyanyian walaupun telah berkecimpung dalam kerjaya baru dan tidak mempunyai msaIah untuk membahagikan masa antara kedua-dua kerjayanya itu.

” Tak semestinya menjadi seorang penyanyi tak boleh menjadi peniaga. Saya bersama Coway dan masih lagi menyanyi.

” Jadi, rasanya tiada masalah selagi saya mencari rezeki yang halal. Saya sayang anda semua.. Senyum sokmo,” kongsinya lagi.

Penyanyi kelahiran Terengganu ini turut meminta jasa baik peminat dan juga orang ramai untuk sentiasa menyokong dirinya agar terus konsisten dalam bidang kerjaya yang dipilih ketika ini.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menunjukkan tanda sokongam selain turut mendoakan agar Faizal akan terus sukses dalam apa jua bidang yang diceburinya.

” Mantap bang. Saya tetap sokong Abang Faizal. Semoga dipermudahkan segala urusan.

” Yang penting rezeki halal. Semoga Faizal diberikan rezeki yang luas.

” Jalan terus bos. Antara artis AF yang suara betul-betul padu dan lain dari yang lain. Yang penting kerja keras selagi kita muda,” demikian antara komen-komen netizen di Instagram.

Sepanjang bergelar penyanyi, Faizal memiliki beberapa buah single popular seperti Lihatlah, Datanglah dan Sakit Seorang Lelaki.

Faizal sebelum ini kerja kilang akibat kesukaran hidup

Pada 2019, kisah Faizal pernah mendapat liputan media kerana kesukaran hidupnya sehingga terpaksa memohon kerja di sebuah kilang di Marang, Terengganu

Biarpun ditabal juara AF4 pada 200, Faizal terpaksa melupakan status kemenangan itu sebaik dia dan isteri memohon kerja berkenaan dengan bayaran gaji kurang RM1,000 demi kelangsungan hidup.

Faizal ketika dihubungi HarianMetro ketika itu berkata, dia tidak mahu msaIah peribadinya diketahui umum.

” Saya mohon maaf, perkara ini perlu dirahsiakan untuk menjaga hati banyak pihak. Saya tidak mahu lagi berkongsi masalah peribadi kerana ia hanya akan mengeruhkan keadaan.

” Apapun, terima kasih kepada mereka yang prihatin. Maaf, saya perlu menghormati banyak pihak,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Antasari Entertainment, Datin Ella Shalwiza Nasir mengakui sedia maklum keadaan Faizal dan akan membantu penyanyi itu.

Katanya, beberapa perancangan sedang diatur untuk mengembalikan semula Faizal dalam industri seni tanah air.

” Selain menggilap semula bakatnya, kami akan melatihnya cara komunikasi dan menguruskan kariernya dengan baik.

” Faizal setakat ini sudah dibawa menjayakan sebuah persembahan di Segamat, Johor beberapa minggu lalu. Diharap bantuan ini akan mengubah hidup Faizal,” katanya.

Menurut Ella, pihaknya turut menyusul jadual Faizal selain berhasrat menerbitkan single baru penyanyi itu.

” Pada masa sama kami mahu menjadikan dia duta produk dan menceburi dunia perniagaan,” katanya.

Untuk rekod, Faizal merupakan juara program realiti terkenal Astro iaitu Akademi Fantasia Musim 4 (AF4) yang telah diadakan pada tahun 2006.

Pada edisi tersebut, selain Faizal sebagai Juara, tempat ke-2 dimenangi oleh Lotter dan tempat ke-3 dimenangi Nur Farhan. Sementara Velvet yang kini merupakan isteri kepada Rich (juga peserta AF4) meraih tempat ke-5.

Sumber:mediahiburan dan olahan Muzik Jalanan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*