Ini Respond Isteri Syamsul Yusof, Puteri Sarah Tentang Kenyataan Suaminya Pasal Dia Sibuk Dedah Aib Rumahtangga

Semalam pengarah kontroversi, Syamsul Yusof berjanji menjawab segala persoalan mengenai kemelut rumah tangga dengan Puteri Sarah Liana dan gosip menikahi Ira Kazar, dalam masa terdekat.

Syamsul atau nama sebenar, Mohd Syamsul Mohd Yusof, 38, berkata dengan penjelasan itu, semua tanda tanya mengenai krisis rumah tangganya, akan berakhir.

“Sudah tiba masanya saya bersuara mengenai perkara ini. Saya pun dah penat dan percaya netizen pun letih.

“Cuma bezanya nanti, penjelasan saya itu tidak sama dengan apa yabg dilakukan Puteri Sarah.

Saya tidak mahu membuka pekung atau aib sesiapa. “Insya-Allah dalam masa terdekat, saya akan leraikan satu persatu kepada umum supaya semua persoalan ternoktah,” katanya menerusi hantaran berbentuk video di Instagram (IG), beberapa jam lalu.

Syamsul meminta diberi sedikit masa untuk menyelesaikan semua isu. “Dalam masa terdekat, insya-Allah saya akan beri titik noktah kepada semua permasalahan ini,” katanya.

Pengarah filem Mat Kilau : Kebangkitan Pahlawan ini turut memberi penjelasan mengenai tindakannya mengunci mulut ketika isu perkahwinan rahsia dengan individu yang didakwa sebagai orang ketiga, Ita Kazar, hangat diperkatakan.

Saya masih single okey! - Ira Kazar - Utusan Malaysia

“Dilahirkan dalam keluarga seni dan bergelar selebriti, saya sedar diri ini sering menjadi perhatian. “Tetapi hal perkahwinan adalah perkata peribadi. Hal dalam kain tidak manis untuk dikongsi kepada khalayak ramai.

“Namun, selepas setengah tahun hal rumah tanga kami dikongsi Puteri Sarah dalam media sosial, media cetak dan elektronik, jadi saya rasa sudah sampai masanya untuk jelaskan segala-galanya,” katanya.

INI RESPOND PUTERI SARAH TENTANG KENYATAAN SYAMSUL

Curang perlu kerja keras, kena padam semua mesej... lock phone” - Puteri Sarah kongsi petikan kata-kata cinta yang tak setia - Sensasi | mStar

Menerusi Insta Story isterinya yang juga pelakon terkenal, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, dia seakan memerli semula Syamsul yang dikatakan cuba ‘play victim’ dengan konflik yang dilalui mereka ketika ini.

“Dah keluar gua tapi play victim pulak. Takpelah janji settle. Stay classy they said,” tulisnya.

Kata2 buat para isteri

Sebelum itu, Puteri Sarah ada berkongsi satu hantaran yang dibuat pengguna Facebook dengan mengatakan bahawa tahun 2023, para isteri akan lebih ‘lelaki’ berbanding lelaki itu sendiri.

Dia juga berharap agar mereka yang senasib dengannya akan terus kuat menghadapi ujian mendatang.

Terdahulu, Syamsul Yusof menerusi Instagramnya telah membuat satu hantaran dengan mengucapkan selamat tahun baru kepada semua pengikutnya di media sosial.

Dia berjanji ajan segera menyelesaikan kemelut yang melanda rumah tangga seperti yang sedang tular kebelakangan ini.

Ujarnya, dia tidak mahu membuka pekung atau aib mana-mana pihak apabila bercerita tentang masalah rumah tangga seperti yang dilakukan isteri kerana perkahwinan adalah hal peribadi antara mereka.

Sumber: Instagram Syamsul Yusof, Puteri Sarah Liyana via BHARIAN ONLINE / OMM

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*