
Sejak mendirikan rumah tangga bersama usahawan muda, Aliff Awang, pada 30 Disember tahun lalu, gelagat pelakon dan penyanyi, Fatin Afeefa sering mencuri perhatian netizen di media sosial.
Terbaharu, menerusi perkongsian TikTok suami pelakon Tentang Bulan itu, kelihatan Fatin Afeefa atau nama sebenarnya Fatin Nur Afifah Shamsudin cuba untuk mengelak daripada bersentuhan dengan Aliff.
Dengan nada bergurau, Aliff bertanyakan kepada Fatin mengapa dia ‘lari’ daripada dipegang walaupun mereka berdua boleh berbuat demikian kerana telah selamat bergelar suami isteri.
Kenapa awak lari? Saya bayar mahal-mahal tahu untuk kahwin dengan awak. Saya nak pegang awak je.
Fatin jaga wuduk
Ternyata, Fatin bukanlah sengaja untuk mengelak daripada bersentuhan dengan suami tetapi disebabkan dirinya masih mempunyai air wuduk, maka dia terpaksa untuk berbuat demikian supaya tidak terbatal.
Sayang, janganlah… Jauhkan diri daripada saya. Saya ada wuduk ni.
Perkongsian berkenaan mendapat pelbagai reaksi warganet di bahagian komen kerana rata-rata memuji tindakan pelakon berusia 29 tahun itu yang cuba sehabis baik menjaga wuduk.
Tidak kurang juga yang berkongsikan pengalaman mereka dengan mengatakan para suami kebanyakannya suka bergurau untuk memegang isteri walaupun sudah mempunyai wuduk.
Komen netizen
Sumber: Aliff Awang via OhBulan
Be the first to comment