Puteri Sarah Tampil Menjawab Segala Tuduhan Yg Dibuat Oleh Syamsul. Dia Dedahkan Satu Persatu Dan Rupanya Ramai Tidak Tahu

Pelakon, Puteri Sarah Liyana tampil menjawab dakwaan suaminya, Syamsul Yusof tentang membawa keluar anak tanpa mendapat keizinan daripadanya.

Sarah menerusi entri terbaharu di akaun Instagramnya sebentar tadi sedikit sebanyak memberikan gambaran tentang perkara sebenar yang berlaku.

“Jika Syaikhul dan Sumayyah boleh beri keterangan di mahkamah, merek akan kata ‘ayah yang banyak kali keluar rumah tinggalkan mama, abang dan adik, bukan kami. Di mana ayah, selalu tak ada kat rumah?

“@syamsulyusoffilm jangan libatkan kebodohan awak kepada saya. Jangan menggunakan nama Allah untuk membuatkan anda kelihatan baik di mata manusia,” tulisnya.

JAWAPAN PUTERI SARAH TENTANG TUDUHAN SYAMSUL

Susulan pengakuan pengarah dan pelakon Syamsul Yusof yang mengesahkan dia sudah berkahwin dengan Ira Kazar di Instagram, Puteri Sarah Liyana dilihat turut memberikan reaksi.

Puteri Sarah telah membuat satu video penjelasan tentang apa yang berlaku antara dia dan Syamsul Yusof.

VIDEO:

Terdahulu, kemelut rumah tangga Puteri Sarah dengan suaminya, Syamsul Yusof berlaku sejak beberapa tahun lalu berpunca atas dakwaan kehadiran ‘orang ketiga’ dikenali Ira Kazar.

Pelbagai spekulasi bertebaran termasuk dakwaan Syamsul dan Ira Kazar sebenarnya telah mendirikan rumah tangga sebelum ini.

Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5 dan Summayah, 3 tahun.

Sumber : Puteri Sarah IG / GEMPAK

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*