Rider Ini Sound Myvi Sebab Halang Jalan Sampai Sesak, Myvi Tidak Puas Hati Dan Kejar Rider. Apa Yg Jadi Lepas Itu Buat Myvi Itu Kecut Perut

Teguran penunggang motosikal terhadap pemandu kereta Myvi yang berhenti di tepi jalan dan mengakibatkan kesesakan lalu lintas cetus rasa tidak puas hati pemandu itu.

Perkongsian dimuat naik oleh @isusemasaviral memaparkan tindakan pemandu Myvi putih yang tidak berpuas hati atas teguran diberi oleh penunggang motosikal lalu bertindak menggertak dan mengejarnya.

“Pemandu Myvi ditegur oleh penunggang motosikal yang memintanya jalan kerana tindakannya berhenti di tengah jalan raya telah mengakibatkan kesesakan lalu lintas. Namun, pemandu itu tidak dapat menerima teguran tersebut lalu bertindak mengejar penunggang motosikal berkenaan.

“Hingga pada akhirnya, apabila penunggang itu turun daripada motosikalnya, pemandu tersebut terus memecut melarikan diri,” jelasnya menerusi ruangan kapsyen hantaran.

Sejurus dibuat semakan menggunakan nombor plat kenderaan tersebut, ternyata ia memiliki sembilan jumlah saman setakat semalam.

Di ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan pemandu Myvi yang disifatkan hanya menyusahkan pengguna jalan raya yang lain.

Hantaran video beserta gambar tersebut telah meraih 15,800 jumlah tontonan setakat ini.

VIDEO PART 2

Sumber – KOSMO! ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*