YDP Agong Pergi Memancing Kolam, Ramai Beri Pujian Bila YDPA Dapat Ikan Yg Bukan Biasa Biasa

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat melakukan aktiviti rekreasi memancing di kolam pancing Afprow 3, Templer Saujana Rawang, Selangor petang semalam.

Turut berangkat sama, paduka anakanda Seri Paduka Baginda, Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera dan Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilyana.

Istana negara dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, semasa aktiviti memancing tersebut, Seri Paduka Baginda berjaya menaikkan seekor ikan Siakap Merah dan Jenahak seberat 2.5 kilogram (seekor).

“Seri Paduka Baginda berdua berkenan meluangkan masa menyantuni dan beramah mesra dengan pengunjung dan para pemancing di kolam tersebut.

“Seri Paduka Baginda berdua turut berkenan bersantap di sebuah restoran berdekatan bersama pengunjung restoran tersebut,” katanya.

VIDEO:

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ISTANA NEGARA (@istana_negara)

Sumber – KOSMO! ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*