Wartawan Baru Nak Tanya Soalan Betul Ke Zainal Abidin Kahwin Lagi Dan Bukan Status Duda. Sekali Ini Jawapan Lagenda Zainal Abidin

Akhirnya khabar angin mengenai adik kepada pelakon popular, Ayda Jebat iaitu Fyna Jebat mengahwini bekas jurulatih Liga Super, Datuk Zainal Abidin Hassan sudah pun terjawab.

Pengakuan tersebut di buat sendiri oleh Fyna atau nama sebenarnya, Nur Syafinaz Jebat, namun enggan mendedahkan secara terperinci mengenai perkahwinan mereka dan hanya minta netizen mendoakan yang terbaik.

Setelah mengesahkan perkahwinan itu, ramai beranggapan Zainal Abidin merupakan seorang duda, tetapi ada yang mendakwa dia masih lagi suami orang.

“Mesti BFF Ira Ni..” – Fyna Jebat Akui Dah Kahwin, Ada Dakwa Zainal Abidin Bukan Duda?

Pendedahan tersebut dilakukan oleh seorang individu di laman TikTok dan sememangnya membuatkan netizen berasa terkejut serta pelik kerana ramai yang menerima perkahwinan tersebut tanpa mengecam Fyna sedangkan kes ini sama seperti Ira Kazar.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen berasa simpati keatas isteri pertama bekas jurulatih Liga Super itu dan meluahkan rasa kecewa kerana kini terlalu ramai wanita menganggu rumah tangga orang lain.

komen netizen

Cuba Hubungi Zainal Abidin

Respons ringkas bekas jurulatih bola sepak kebangsaan, Datuk Zainal Abidin Hassan kepada Kosmo! Online ketika diminta mengulas tentang perkahwinan dengan penyanyi, Fyna Jebat sementelah dirinya bukanlah berstatus duda.

“Maaf saya tengah meeting” – Zainal Abidin

Selepas memberikan kenyataan tersebut, Zainal, 62, terus meletakkan telefon dan gagal dihubungi lagi sama ada menerusi panggilan telefon mahupun pesanan WhatsApp.

Terdahulu, tular dalam TikTok pengguna Twitter mendedahkan bekas pemain bola sepak yang terkenal pada era 1980-an dan 90-an itu berkahwin dengan Fyna dan bukanlah berstatus duda.

“Bila pula Zainal tu duda,” demikian coretan dalam sebuah video dimuat naik dalam platform media sosial tersebut seraya memaparkan untaian foto Zainal bersama isteri pertamanya.

Sehubungan itu, ramai yang berasa hairan mengapa Fyna tidak dikecam seperti Ira Kazar yang berkahwin dengan suami Puteri Sarah iaitu Syamsul Yusof sedangkan dirinya berkahwin dengan lelaki yang statusnya masih berstatus suami orang.

Malam tadi, Fyna atau nama sebenarnya, Nur Syafinaz Jebat, 30, mengesahkan dirinya sudah berkahwin dengan Zainal.

“Alhamdulillah, saya telah bernikah. Harap doakan saya dan keluarga,” katanya ketika ditemui usai program realiti, Famili Duo.

Sungguhpun begitu, Fyna yang juga adik kepada pelakon Ayda Jebat itu enggan memperincikan butiran lanjut, termasuk tarikh perkahwinan mereka.

Sumber – K0SMO! ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*