Ameng Spring Bantah Kerajaan Luluskan GunaG4nja Dlm Perubatan. Sekali Yasin Sulaiman Bagi Respond Pada Ameng

PENYANYI dan komposer Yasin Sulaiman meminta rakannya Ameng mendapatkan maklumat terperinci terlebih dahulu sebelum membantah cadangan agar kes di bawah Akta Da dah Berbahaya 1952 dikaji semula.

Menurut Yasin atau nama sebenarnya Muhammad Yasin Sulaiman, 48, Ameng sepatutnya membuat kajian dan berfikir secara mendalam sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu ini.

“Bila saya dengar apa yang Ameng cakap saya pasti dia ignorant (kurang pengetahuan) mengenai kes yang dihadapinya dulu yang dia tidak tahu.

“Fikir sebelum ditemubual dan buatlah kajian terlebih dahulu sebelum buat kenyataan tidak wajar atau sebagainya.

“Jadi bila bercakap tu barulah nampak bijak sikit, saya dengan Ameng memang tiada apa-apa dan selalu dengar lagu dia… tapi bila dia cerita mengenai perubatan memang tak boleh nak dengar sebab dia tak tahu apa-apa,” kata Yasin kepada mStar.

Yasin kurang senang kenyataan Ameng.

Yasin berkata demikian ketika ditemui selepas sebutan kes berhubung representasi tiga pertuduhan da dah yang dihadapinya di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Selangor pada Rabu.

Dalam prosiding yang berlangsung, mahkamah menolak keputusan representasi dan menetapkan semula sebutan kes pada 20 Febuari nanti.

Sebelum ini, Ameng, 54, berpandangan permintaan Yasin supaya kes di bawah Akta Da dah Berbahaya 1952 dikaji semula adalah tidak wajar kerana ganja juga tergolong dalam kategori da dah mengkhayalkan dan bukannya ubat.

Ameng yang pernah dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan 10 sebatan atas kesalahan da dah pada tahun 2011 berkata tindakan melonggarkan hukuman sedia ada hanya akan menambahkan jumlah jenayah dan penagih da dah dalam negara.

Sementara itu, penyanyi lagu Mimpi Laila ini memberitahu dia tidak akan berputus asa untuk membuat representasi kali kedua dan akan menulis surat rayuan itu sendiri.

VIDEO:

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Representasi pertama ditulis oleh peguam tapi untuk kedua ini saya sendiri akan tulis.

“Saya akan terus usaha sebab saya percaya pada keajaiban dan percaya takdir tuhan, bila tuhan cakap ‘Kun Fayakun’ pasti akan berlaku.

“Yang paling penting saya gembira sebab isu kanabis ini sedang dibincangkan secara meluas. Saya pasti 30 tahun akan datang kanabis dalam perubatan pasti dibolehkan,” katanya

ameng

Pada 6 Julai 2022, Yasin bernasib baik apabila tidak berdepan dengan hukuman gantung sampai mati atas pertuduhan mengedar da dah jenis Kana bis seberat 214 gram.

Pihak pendakwaan memaklumkan bahawa pertuduhan mengedar ditarik dan Yasin dihadapkan dengan pertuduhan baharu iaitu memiliki da dah seberat 193.7 gram.

Mengikut pertuduhan baharu itu, Yasin didapati dalam milikannya da dah berbahaya jenis Kana bis seberat 193.7 gram di sebuah kondominium di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara di sini pukul 5.30 petang pada 24 Mac tahun lalu.

Bagi kesalahan itu, Yasin yang mengaku tidak bersalah didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Da dah Berbahaya 1952 dan boleh dihu kum dibawah Seksyen 39A(2) akta sama yang memperuntukkan huku man penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan juga boleh dikenakan hukuman sebat tidak kurang 10 sebatan jika sabit kesalahan.

Sementara itu bagi satu lagi pertuduhan, Yasin mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menanam 17 pokok dalam pasu plastik berisi tanah yang mana daripadanya Kana bis yang diperolehi secara terus atau tidak langsung pada tempat, waktu dan tarikh sama yang mana pertuduhan itu mengikut Seksyen 6B(1)(a) Akta D adah Berba haya 1952 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 6B(3) akta sama Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada enam kali jika sabit kesalahan.

Yasin turut didakwa atas satu lagi pertuduhan dan mengaku tidak bersalah iaitu memberikan dirinya da dah berbahaya jenis ’11-nor-delta-9 tetrahydroc annab inol-9- carboxylic acid’ di Pejabat Narko tik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya, pukul 11.05 malam pada tarikh sama.

Bagi kesalahan itu pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Da dah Berba haya (ADB) 1952 dan boleh dihu kum dibawah Seksyen 15 (1) akta yang sama, yang membawa huk uman denda tidak lebih RM5,000 atau dikenakan pen jara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.

Sumber : MSTAR ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*