
Puteri Sarah Liyana, 38, mempertahankan tindakan ibu mentua, Datin Patimah Ismail yang meluahkan kritikan ‘panas’ terhadap konflik rumah tangganya dengan Syamsul Yusof, biarpun dikecam netizen.
Puteri Sarah berkata, sebagai menantu, dia amat memahami gelora dalam hati ibu mentuanya itu.
“Sarah faham perasaan emak mentua Sarah sekarang. Memang dia tak puas hati dan sangat sedih dengan apa yang berlaku.
“Orang di luar sana dan netizen tidak tahu kenapa ibu mentua luah rasa tidak puas hatinya itu.
“Ada sebab mengapa dia buat begitu. Hanya Sarah, keluarga sebelah sana dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) yang tahu,” katanya kepada pemberita sejurus selesai memfailkan perceraian terhadap Syamsul di Kompleks Mahkamah Syariah Kuala Lumpur di sini, hari ini.
Puteri Sarah berkata, jika difikirkan, tiada siapa yang tiba-tiba melenting, marah atau meroyan tanpa sebab.
“Mesti ada sebab kenapa ibu mentua jadi begitu,” katanya.
INI KOMEN IBU SYAMSUL YUSOF SELEPAS PUTERI SARAH FAILKAN CERAI
Sebelum ini, Patimah yang juga isteri penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam menjadi perhatian netizen setiap kali melayangkan komen berhubung isu perkahwinan anak dan menantunya itu.
Sejak berita perkahwinan Syamsul, 39, dan Ira Kazar di Thailand hangat diperkatakan, Patimah meninggalkan beberapa komen ‘panas’ dalam media sosial terutama membabitkan hantaran dibuat Puteri Sarah Liyana.
Sumber : BHARIAN ONLINE
Be the first to comment