
Pelakon, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin selesai memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya di Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan di sini sebentar tadi.
Permohonan cerai tersebut difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Puteri Sarah hadir dengan ditemani adik-beradik dan pasukan peguam syarienya.
Proses memfailkan perceraian selesai kira-kira pukul 11.25 pagi.
Ini Kata Kata Puteri Sarah..
Terdahulu, ketika bertemu dengan pasukan peguam syarienya, terdengar Puteri Sarah mengatakan, ‘This is it’ kepada rakannya yang turut menemaninya.
Beberapa minit selepas itu, Puteri Sarah dan peguamnya memasuki salah sebuah bilik di kaunter pendaftaran Mahkamah Syariah.
Pada 10 Januari lalu, Puteri Sarah melalui Instagramnya memohon agar Syamsul ‘melepaskannya’ kerana beliau tidak rela dimadukan.
“Kepada Mohd Shamsul, oleh kerana awak sekat saya sehingga sekarang dan tidak ajak berbincang, saya minta lepaskan saya kerana saya tidak rela dimadu,” tulisnya ringkas di laman sosial terbabit.
Syamsul pula dalam satu temu bual media berkata, dia kini sedang berusaha memperbaiki hubungannya dengan Puteri Sarah malah meminta isteri pertamanya itu untuk pulang ke rumah dan berbincang mengenai kemelut rumah tangga mereka.
Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014.
Pada 6 Januari lalu, Syamsul, 38, membuat pengakuan melalui video di Instagram bahawa dia sudah bernikah dengan Ira di Thailand berwalikan bapa mentuanya, pelakon veteran Kazar Saisi.
Kemelut rumah tangga Syamsul dan Sarah mula diperkatakan sejak empat tahun lalu, tetapi anak Datuk Yusof Haslam itu tidak pernah membuka mulut mengenai perkara itu.
Sumber – UTUSAN
Be the first to comment