Netizen Terima Kasih Kepada Mustapha Kamal Kerana Akhirnya Mereka Boleh Lihat Pengantin Baru Zainal Abidin Dan Fyna Jebat

Perkahwinan adik kepada penyanyi, Ayda Jebat iaitu Fyna Jebat mengejutkan rata-rata rakyat Malaysia dengan berita yang tidak disangka itu. Tiada angin tiada ribut, jurulatih bola sepak, Datuk Zainal Abidin Hassan sah bergelar suami kepada Fyna.

Walau bagaimanapun, tiada gambar yang menunjukkan pasangan itu secara umum setelah sah bergelar suami isteri.

Namun, aktor veteran, Mustapha Kamal memuat naik beberapa keping foto di TikTok semalam, apabila dengan tidak sengaja bertemu pengantin baharu tersebut ketika sedang keluar makan di sebuah restoran.

“Satu kebetulan. Baru terjumpa legend Zainal Abidin Hassan. Kawan lama. Semua yang terbaik untuk anda, tahniah” – Mustapha Kamal

Terima kasih papa megah holding!

Rata rata netizen mengucapkan terima kasih kepada Papa Megah Holding @ Mustapha Kamal kerana memuatnaik gambar Zainal Abidin dan isteri baru beliau Fyna Jebat.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berterima kasih kepada Mustapha Kamal yang memuat naik gambar tersebut dan sempat berseloroh tentang perjumpaan tersebut.

Sumber: Tiktok @mustaphakamaal via Oh Bulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*