Siti Bainun Menangis Lepas Semua Peguam Tarik Diri. Ini Penjelasan Sebenar Kenapa Peguam Tarik Diri

Awal minggu lalu, media tempatan melaporkan bahawa peguam-peguam yang mewakili Orang Kena Tuduh (OKT) Siti Bainun dalam kes penderaan kanak-kanak istimewa iaitu adik Bella telah menarik diri secara ‘berjemaah’.

Kini, Siti Bainun difahamkan akan mencari peguam yang baru bagi membantu dirinya membela diri atas pertuduhan tersebut.

Tindakan dua peguam menarik diri di saat akhir semasa prosiding bela diri kes mengabai dan menganiaya kanak-kanak perempuan dikenali Bella, menyebabkan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali, menangis di kandang tertuduh di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa.

Siti Bainun, 31, dilihat mengesat air mata ketika Hakim Izralizam Sanusi memaklumkan, mahkamah telah menerima notis penarikan diri daripada peguam, Asiah Jalil dan Nurul Hafidzah Hassan pada jam 9 malam, Isnin.

Dengan penarikan dua peguam itu, ini menjadikan kesemua peguam dari lima firma, tidak lagi mewakili wanita itu dalam prosiding bela dirinya.

Respon Peguam Hafidzah Hassan Kenapa Tarik Diri

Tarik Diri Jadi Peguambela Siti Bainun, Ini Respon Peguam Kontroversi Hafidzah Hassan

Salah seorang daripada peguam yang menarik diri, Nurul Hafidzah Hassan baru-baru ini tampil memberikan respon mengenai tindakannya bersama peguam yang lain untuk tidak lagi terlibat dalam kes tersebut.

Menurut Hafidzah, penarikan diri peguam adalah perkara biasa dalam istilah undang-undang.

Dalam istilah undang-undang, penarikan diri peguam adalah perkara biasa. Dan kali ini, kerana pertindihan tarikh dengan kes-kes yang telah ditetapkan lebih awal. Bukan sebab lari.

Instagra,.

Penjelasan tersebut diberikan peguam itu setelah ditanyakan netizen tentang mengapa peguam-peguam yang mewakili Siti Bainun menarik diri.

Instagram

Hafidzah juga menafikan bahawa surat penarikan diri hanya diberikan pada hari pertama prosiding pembelaan berlangsung sebaliknya telah dihantar pada bulan Disember tahun lalu.

Ujarnya, tiada siapa (peguam) yang meninggalkan Siti Bainun keseorangan tanpa peguam tetapi pertindihan tarikh kes yang telah ditetapkan lebih awal menyebabkan mereka terpaksa menarik diri.

Kenyataan ringkas tapi padat yang dibuat oleh Hafidzah itu telah menjelaskan perihal pelbagai persoalan netizen yang tertanya-tanya mengapa 10 peguam yang mewakili Siti Bainun menarik diri sehingga menjejaskan urusan mahkamah.

Difahamkan, mahkamah telah menetapkan 26 dan 27 Januari ini bagi sambung perbicaraan bela diri manakala prosiding yang dijadualkan berlangsung hingga Jumaat ini dilapangkan.

Sumber : Sinar Harian/Beautiful Nara / OMM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*