Pelajar UPM Hilang Hingga Keluarga Jadi Risau. Rupanya Dia ‘Menyorok’ Di Johor Dan Ini Sebab Kenapa Dia Hilangkan Diri

Penuntut Universiti Putra Malaysia (UPM) yang ditemukan di Johor Bahru, Johor selepas seminggu menghilangkan diri mendakwa hanya ingin mencari ketenangan untuk menghadapi peperiksaan.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner AA Anbalagan berkata, Mohd Irfan Hakimi Azhar, 22, memberi kenyataan itu selepas ditemukan selamat di Stesen Bas Larkin, Johor Bahru, semalam.

“Individu berkenaan (Mohd Irfan Hakimi) ditemukan pada 5 petang oleh bapanya.

“Siasatan lanjut mendapati, dia ke Johor Bahru bagi menenangkan fikiran untuk menghadapi peperiksaan, tiada unsur jenayah dalam kejadian orang hilang ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, penuntut UPM berkenaan juga tidak mengalami sebarang kecederaan dan sudah dibawa pulang keluarganya ke Sabak Bernam, Selangor.

Harian Metro sebelum ini melaporkan polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan Mohd Irfan Hakimi yang dilaporkan hilang dari bilik asrama Blok Delima, Kolej Canselor, UPM sejak Jumaat lalu.

Bapa Mohd Irfan Hakimi membuat laporan polis Isnin lalu selepas usaha menghubungi anaknya itu tiada sebarang maklum balas.

Sumber : HMETRO ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*