Pengalaman Gagal Dlm Perkahwinan Buat Nadia Bryan Beri Kata Kata Ini Khas Untuk Puteri Sarah Dan Syamsul

SEJAK isu keretakan rumah tangga Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana hebat diperkatakan, pasangan itu mendapat pelbagai reaksi termasuk kecaman daripada netizen sehingga memburukkan lagi keadaan.

Sehubungan itu, pelakon Nadia Brian berharap Puteri Sarah mahupun Syamsul agar sentiasa menjaga kesihatan mental mereka agar semua urusan berkaitan perkahwinan mereka dapat diselesaikan dengan baik.

Ini kerana kata Nadia atau Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 32, pada ketika ini keadaan pasti membuatkan pasangan itu berasa tertekan dan sedikit sebanyak dapat memberi kesan kepada kesihatan mental mereka.

Nadia Brian doakan yang terbaik buat Puteri Sarah Liyana.

“Tidak menyokong mana-mana pihak, tapi saya harap Sarah dan Syamsul dapat uruskan masalah mereka dengan baik, kesihatan mental juga perlu dijaga. Itu lebih penting,” katanya kepada mStar.

Nadia berkongsi mengenai perkara tersebut ketika ditemui pada malam gala tayangan filem terbaharu lakonannya berjudul Eva yang diadakan pada malam Rabu lalu.

Pernah mengalami kegagalan rumah tangga sebelum ini, Nadia berkata, perkara tersebut tidak sepatutnya menjadi satu ketakutan untuk kembali mengejar bahagia.

Sebaliknya jelas Nadia, setiap manusia mempunyai ujian berbeza dan apa yang berlaku sepatutnya dapat mematangkan seseorang daripada melakukan kesilapan sama.

271777796_947345079502692_5967740987412977172_n

Nadia Brian kagum dengan semangat Puteri Sarah Liyana.

“Pada saya isu takut kahwin tidak timbul kerana kita tidak boleh terlalu mengikut emosi apabila melihat perkara tidak baik berlaku kepada orang lain.

“Perkara yang baik kita ambil sebagai contoh manakala selebihnya jadikan teladan,” ujarnya.

Untuk rekod, Nadia pernah mendirikan rumah tangga dengan Muizz Nasruddin pada 9 November 2019 namun mereka bercerai pada April 2021.

VIDEO:

Sumber : MSTAR ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*