Netizen Suruh Sajat Bertaubat. Sekali Sajat Bagi Sebab Kenapa Tak Boleh

Seperti diketahui ramai, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman merupakan seorang lelaki tetapi menukarkan jantin menjadi seorang perempuan dan namanya juga ditukarkan kepada Nur Sajat.

Kini Nur Sajat atau mesra dipanggil Sajat menetap di negara Australia setelah melarikan diri kerana pihak Mahkamah Tinggi Syariah mengeluarkan waran tangkap susulan gagal hadir pada sebutan kes tanpa sebab pada 23 Februari tahun lalu.

Namun begitu, perkembangan tentang dirinya selalu dikongsikan oleh tuan badan di TikTok dan sering membuat live di platform tersebut untuk berkomunikasi dengan netizen.

Baru-baru ini, melalui satu rakaman pendek yang diambil oleh pengguna semasa live TikTok Sajat, usahawan tersebut memberitahu ada beberapa netizen ‘memujuk’ dirinya untuk pulang ke tanah air semula.

SURUH SAJAT BERTAUBAT, INI SAJAT JAWAB

“Taubat Macam Mana, ‘Barang’ Dah Takde Nyah..”- Netizen Nasihat Jadi Lelaki Semula, Sajat Pertikai

Bahkan bukan sekadar pujuk, netizen juga menasihati Sajat untuk kembali menjadi seorang lelaki dan segera bertaubat kepada Allah S.W.T.

Seperti tidak kisah dengan nasihat tersebut, dia mempersoalkan netizen itu semula bagaimana untuk dia bertaubat menjadi lelaki semula kerana secara fizikal, dirinya sudah 100 peratus menjadi perempuan, termasuk alat sulit.

Dalam pada masa yang sama, usahawan itu turut mempertahankan diri berkata dia tidak boleh berkahwin dengan wanita kerana tidak cukup sifat.

VIDEO:

Sehingga artikel ini ditulis, video terbabit telah meraih 16,000 tanda suka dan lebih 300,000 tontonan daripada pengguna.

Sumber : Beautiful Nara

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*