
Seorang lelaki warga menceroboh rumah di Taman Seri Idaman, di sini, dan mencuri sebotol minyak wangi dalam kenderaan di rumah itu diberkas polis tengah malam tadi.
Penahanan lelaki itu susulan laporan berhubung rakaman video tular di media sosial Rabu lalu, memaparkan lelaki itu menceroboh pekarangan sebuah rumah dan menyelongkar kereta yang tidak dikunci di situ.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, suspek yang berusia 23 tahun itu ditangkap di kawasan perumahan awam Jalan Padang Tembak, jam 12.15 tengah malam tadi.
Tangkap layar seorang lelaki menceroboh dan menyelongkar kereta yang tidak dikunci di Taman Seri Indah, tular di media sosial. FOTO IHSAN PEMBACA
“Mahkamah Majistret Teluk Intan membenarkan suspek ditahan reman tiga hari mulai hari ini sehingga lusa.
“Hasil soal siasat, suspek mengaku terbabit dalam kejadian itu dan barang kes yang dicuri dari kereta mangsa membabitkan satu botol minyak wangi berjaya ditemukan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Katanya, pihaknya percaya dengan penahanan suspek, kes pencerobohan membabitkan modus operandi sama di daerah Hilir Perak dapat diselasaikan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” katanya.
VIDEO:
Sumber : HMETRO ONLINE
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Be the first to comment