“Saya ini buta huruf, tak tahu mengaji. Nak baca Yassin pun tak tahu. Saya fikir nanti mat1 macam mana”

Penyampai radio ERA, hos dan personaliti terkenal, Nabil, mengaku hanya pandai seterusnya lancar membaca surah Yassin pada perintah kawalan pergerakan (PKP) kerana pandemik COVID 19 sekitar dua tahun lalu.

Walaupun sewaktu itu dia sudah berusia 38 tahun, namun kata Nabil yang mengendalikan segmen 3 Pagi ERA bersama Radin dan Pak Azad, dia langsung tidak pandai membaca Yassin.

Namun selepas keluar belajar agama dan berazam untuk menguasai pembacaan Al Quran, Nabil akhirnya berjaya dan dapat mengaji dengan baik.

Kata Nabil salah satu pendorong buat dirinya untuk mendekatkan diri dengan Al Quran dan dapat membaca surah Yassin adalah apabila mengenang soal kemtian.

Kenang Arwah Ayah Meninggal Lepas Pandai Baca Yasin, Nabil: “Aturan Allah Maha Cantik”

Buta Al-Quran, Nabil Ahmad menangis cari agama - Utusan Malaysia

“Saya ini buta huruf, tak tahu mengaji. Nak baca Yassin pun tak tahu. Saya fikir nanti mati macam mana.

“Saya fikir juga kalau ibu atau bapa saya meninggal dunia, siapa nak bacakan Yassin untuk mereka? Jadi saya tekad belajar.

Hari hari belajar. Telefon ustaz, ikut kelas online dan datang ke kelas, hari harilah,” katanya kepada Gempak.

Cerita hos Gegar Vaganza itu lagi, ajaib dan sayangnya Allah kepada dia terbukti sebaik dia dapat menguasai bacaan Yassin.

“Sebaik saya dapat menguasai bacaan Yassin, abah meninggal dunia. Subhanallah aturan Allah sangat cantik. Saya dapat baca yassin untuk arwah,” kenang Nabil.

Sumber : GEMPAK

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*