Ini Respond Ayah Sissy Iman Selepas Anak Dia Teruk ‘Dihentam’ Mas Idayu Sampai Menangis Dlm Famili Duo

Air mata penyanyi Sissy Imann yang gugur selepas mendengar komen juri tetap, Mas Idayu di konsert minggu keenam Famili Duo mengejutkan ramai pihak.

Rata-rata netizen mula mempersoalkan tindakan Mas Idayu yang memberikan kritikan sehingga Sissy kelihatan sebak dan hilang kata-kata.

Susulan itu, penyanyi lagu Mungkin Kamu memohon maaf menerusi hantaran terbaharu Instagram miliknya.

Dalam pada itu, bapa Sissy, Aliff Mohammad Kamil, 59, turut memberikan respons terhadap situasi yang berlaku.

Bapanya berkongsi hantaran yang dimuat naik oleh Sissy di ruangan Instagram Stories.

“Good or bad, you always be my best ever,” tulisnya.

Dalam persaingan malam tadi, Sissy dan Naim meraih tempat keenam dengan 48.7 markah.

Dihoskan oleh Janna Nick dan Sean Lee, tujuh pasangan selebriti popular yang mempunyai hubungan kekeluargaan merebut hadiah bernilai RM 10,000 setiap minggu dan hadiah utama bernilai RM100,000 di pusingan akhir.

Bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, jangan lupa saksikan Famili Duo setiap Ahad, pukul 9.00 malam hingga 11.00 malam di TV3.

VIDEO:

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

Sumber : HotFM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*