
PELAKON Noorkhiriah berdepan detik cemas apabila motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan sehingga kenderaan itu bergerak laju sebelum melanggar sebuah kereta yang diparkir di tepi jalan.
Akibat kejadian itu, Khiriah atau Noorkhiriah Ahmad Shapie, 45, mengalami kecederaan pada tangan kanannya yang mengalami lebam dan tisu koyak.
Bagaimanapun kata pelakon yang sedang menjalani penggambaran drama berjudul Bosskid itu, insiden berkenaan adalah disebabkan kecuaian diri sendiri dan bukannya pihak produksi.
Khiriah mengakui kecuaian diri sendiri.
“Alhamdulillah akak okay cuma tangan berbalut dan lebam-lebam manja sahaja. Tak patah, cuma tisu koyak.
“Apa yang terjadi adalah atas kesalahan akak sendiri bukan produksi. Jangan salahkan mereka. Mereka sudah jalankan tanggungjawab sebaik mungkin,” katanya.
Khiriah berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada malam Isnin.
VIDEO KEJADIAN:
View this post on Instagram
Terdahulu, Khiriah memuat naik sebuah rakaman video ketika menunggang motosikal dalam babak yang dilakonkan.
Dalam pada itu, Khiriah berkata, selepas kejadian, pihak produksi menyarankan untuk mendapatkan rawatan kerana bimbang keadaannya boleh bertukar menjadi teruk.
“Terima kasih kepada pihak produksi, keluarga dan sahabat yang mesej bertanya. Semoga Allah membalas segala kebaikan korang.
“Lepas saja kejadian masing-masing suruh akak jumpa doktor takut kejadian lebih teruk,” ujarnya.
Keadaan terkini:
View this post on Instagram
Sumber: MSTAR ONLINE
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Be the first to comment