Kerana Saiz Cawan Kopi, Barista Ini Teruk Dimak1 Pelanggan. Gadis Ini Tampil Jelaskan Perkara Sebenar

Sesetengah orang memandang rendah dengan sesuatu pekerjaan sehinggakan ada yang bersikap kurang ajar. Itu antara cabaran dilalui pekerja industri makanan dan minuman yang terpaksa berdepan dengan kerenah pelanggan.

Tular di media sosial satu rakaman mempamerkan seorang barista di sebuah rangkaian kedai kopi terkenal ditengking dan dimaki oleh pelanggan.

Teruk Ditengking & Dimaki Pelanggan Sebab Americano, Tapi Staf Kedai Kopi ‘Maintain’ Sabar – “Bullsh*t Punya SOP”

Menerusi klip berdurasi lebih 1 minit itu, barista tersebut dimarahi dengan teruk oleh pelanggan terbabit difahamkan kerana dia tidak berpuas hati dengan Americano yang dipesan, hanya dalam cawan kecil.

Meskipun sudah diterangkan bahawa saiz tersebut adalah mengikut SOP ditetapkan oleh kedai itu namun barista terbabit terus menerus ditengking oleh pelanggan itu.

Apa benda korang buat ni? Panggil bos keluar. Kamu supervisor? Ikut SOP? Bullsh*t punya SOP.”

Selepas terus menerus menengking pekerja kedai kopi itu, pelanggan terbabit kemudian berlalu pergi kira-kira seminit kemudian.

Rata-rata pengguna media sosial yang menonton video tersebut naik angin apabila mendengar kata-kata yang keluar dari mulut pelanggan terbabit.

Mereka turut berkata barista itu cukup baik apabila tidak mendedahkan wajah pelanggan selain turut memujinya kerana kekal bersabar. Ramai yang turut menyindir lelaki tersebut kerana mahukan americano dalam saiz yang besar dan menyuruhnya buat sendiri di rumah sahaja.

BARISTA SUPERVISOR INI DIPUJI KERANA MAMPU MENAHAN SABAR

Sumber: BeautifulNara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*