Bekas Isteri Pelawak Dedahkan Suami Kahwin Lain Siap Pesan Jgn Lupa Nafkah. Sekali Isteri Baru Pelawak Ini Beri Respond

BEKAS isteri kepada Hazmeer Hassan atau lebih dikenali Chot iaitu Siti Zafirul Azzah mendedahkan pelawak itu sudah mendirikan rumah tangga dengan kakak kepada penyanyi terkenal, baru-baru ini.

Menerusi Instagram, Azzah atau lebih mesra disapa Jaja turut memberi bayangan perkahwinan mereka itu berakhir gara-gara orang ketiga.

“Tiada tanda tanya lagi, persoalan dah terjawab. Dulu bahagia, sekarang tak.

“Beribu-ribu tahniah Hazmeer dan Zurina Badron. Semoga bahagia di atas air mata orang lain,” tulisnya.

Dalam hantaran itu juga, Jaja sempat menitipkan pesanan agar bekas suaminya itu tidak mengabaikan nafkah buat anak mereka.

“Perasaan anak langsung tak dihiraukan.

“Ada anak instant jangan lupa jenguk anak sendiri. Lepas ini nafkah anak jangan lupa pula,” ujarnya.

Pelawak, Chot XOXO perlukan sedikit masa untuk bertenang sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan kontroversi yang membabitkan perkahwinan baharunya dengan isteri, Zurina Badron.

Chot atau nama sebenarnya Hazmeer Hassan yang kini bergelar suami kepada Zurina yang juga kakak kepada penyanyi, Syura Badron berkata, dia tidak dapat mengulas lanjut dalam situasi sekarang.

“Buat masa sekarang, saya tak dapat nak mengulas lanjut atau keluarkan sebarang komen. Saya perlukan sedikit ruang dan waktu,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, bekas isterinya, Siti Zafirul Azzah atau Jaja, memuat naik hantaran di Instagram, mendakwa persoalan mengenai kekacauan dalam rumah tangga mereka.

Jaja yang juga peserta program nyanyian Getaran Jiwa 2022 itu mengingatkan agar bekas suaminya tidak lupa akan tanggungjawab untuk membayar nafkah kepada anak mereka.

chot1 - 1

“Beribu-ribu tahniah Hazmeer dan Zurina Badron. Semoga bahagia di atas air mata orang lain. Perasaan anak, langsung tak hiraukan.

“Ada anak ‘instant’, jangan lupa jenguk anak bin sendiri. Selepas ini, nafkah anak jangan lupa pula,” tulisnya.

Sementara itu, Zurina memuat naik hantaran di Instagram Story dan mengucapkan terima kasih kepada keluarganya atas kata-kata semangat yang diberikan.

“Terima kasih mak, ibu dan ayah untuk doa, restu dan kata-kata semangat yang tak pernah putus buat kami. Semoga Allah memberkati ikatan ini hingga ke syurga. Amin.

“Saya sayang kamu, suami, Chot XOXO,” tulisnya.

Sumber: MSTAR ONLINE / HMETRO ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*