Selepas Khairy Jamaluddin Dipecat Dari UMNO. Ini Yg Dia Buat Untuk Tunjuk Dia Bukan Ahli Kepada Parti Yg Dia Sayang

BEKAS Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dan bekas Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar dipecat keahliannya dari Umno.

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Ahmad Maslan berkata, keputusan itu ditetapkan dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, pada Jumaat malam.

Menurutnya, kedua-duanya dipecat parti disebabkan pelanggaran disiplin parti mengikut Perlembagaan Umno kerana kesalahan sewaktu Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU15).

“Selain itu, turut dipecat ialah lima ahli Umno Bahagian Pasir Gudang, sembilan ahli Umno Bahagian Putrajaya, dua ahli Umno Bahagian Tanjung Karang dan 26 ahli Umno negeri Pahang.

“Antara kesalahan mereka ialah menjadi calon bebas, calon parti selain Barisan Nasional dan terlibat membantu parti lawan ketika PRU-15,” katanya dalam satu kenyataan. Jumaat malam.

Ahmad Maslan turut memberitahu, ahli Umno yang digantung hak-hak dalam parti selama enam tahun adalah Datuk Seri Hishammuddin Hussein (Ahli Parlimen Sembrong), Datuk Maulizan Bujang (Ketua Bahagian Tebrau), Datuk Seri Mohd Salim Sharif (Ketua Umno Jempol) dan Shahril Sufian Hamdan (bekas Ketua Penerangan Umno).

Sementara itu, beliau berkata, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin diumumkan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Johor yang baharu.

Khairy Jamaluddin Tukar Profile

Status Khairy Jamaluddin dalam UMNO diketahui petang ini? | Astro Awani

Selepas nama dia dipecat dari UMNO, Khairy Jamaluddin telah menukar status beliau di Twitter rasmi beliau.

Presiden Persatuan Lumba Basikal Negeri Sembilan adalah gelaran yang diletakkan sekarang yang sebelum ini adalah jawatan dalam parti UMNO

Khairy turut meluahkan rasa kecewa dengan apa yang telah berlaku.

“Malam ini saya dipecat oleh parti yang saya sayang, yang saya berikan kesetiaan. Unbowed, unbent, unbroken”

Sumber : MSTAR ONLINE / Twitter Khairy Jamaluddin

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*