Nad Zainal Dan Ungku Ismail Sudah Berkahwin. Rupanya Mereka Dah Kahwin Tapi Hari Ini Baru Umumkan, Ini Tarikh Perkahwinan Mereka

PERKONGSIAN video pendek oleh pasangan pelakon Nad Zainal dan Ungku Ismail yang mirip diri mereka lengkap berpakaian pengantin memasuki ruang Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada pagi Ahad menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat.

Menerusi video berdurasi 10 saat itu, kedua-dua mereka dilihat berpimpinan tangan menuju masuk ke dalam masjid daripada arah belakang namun tidak dapat dilihat jelas wajah mereka.

Nad atau Farah Nadia Zainal Abidin, 33, bagaimanapun menerusi kapsyen hantaran berkenaan hanya menggunakan emoji cinta selain menyertakan tarikh 23 Januari 2023 yang bersamaan dengan 1 Rejab 1444.

Ramai percaya tarikh berkenaan adalah hari Nad dan Ungku atau Ungku Ismail Aziz, 37, disatukan sebagai suami isteri namun masih tiada sebarang pengesahan daripada kedua-dua belah pihak.

Kongsi video teaser pernikahan

Dengan hanya meninggalkan kapsyen ringkas merujuk tarikh 23 Januari 2023 bersamaan dengan 1 Rejab 144 Hijrah, ruangan komen Instagram Nad telah dihujani dengan ucapan tahniah.

Ungku Ismail turut berkongsi video sama di ruangan Instagramnya seakan memberi bayangan mereka sudah disatukan walaupun belum ada sebarang kenyataan daripada mereka berdua.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NANAD (@nad.zainal)

Sementara itu, akaun Instagram Nad dan Ungku dibanjiri ucapan tahniah daripada rakan selebriti Seperti Intan Salleh, Umi Nazeera, Rozita Che Wan, Ika Nabella dan peminat yang gembira dengan berita perkahwinan pasangan berkenaan.

Malah ada mendakwa ternampak kelibat pelakon drama Cina Buta itu di masjid berkenaan pada tarikh yang dimaklumkan Nad.

“Alhamdulillah kalau betul. Tahniah. Saya gembira untuk kamu berdua.

“Betul ke ni? Alhamdulillah. Tahniah Nad dan Ungku Ismail.

“Tahniah Nad dan Ungku. Haritu nampak masa dekat Masjid Wilayah,” tulis netizen.

Bagaimanapun, ada di antara peminat Nad yang berharap video ini bukan semata-mata untuk mempromosikan produk kerana sering kali tertipu dengan pemasaran yang dilakukan oleh golongan artis.

Nad dan Ungku didakwa sudah bernikah.

“Jangan nanti promosi bajulah, produklah, promosi muzik video lagu. Dah berapa kali kena scam dengan artis.

“Tolong jangan mainkan perasaan peminat. Harap-harap betul nikah dengan Ungku Ismail.

“Drama ke real ni? Moga Allah permudahkan segala urusan dan bahagia selalu,” tulis mereka.

Usaha mendapatkan pengesahan daripada Nad dan Ungku Ismail berhubung perkara itu bagaimanapun tidak berjaya apabila kedua-dua mereka mematikan telefon.

WhatsApp Image 2023-01-29 at 11.23.59 AM

Komen peminat mengenai perkongsian Nad dan Ungku di media sosial.

Sebelum ini, Ungku pernah mengakui Nad adalah wanita paling rapat dengannya.

Ketika Nad dimasukkan ke hospital akibat jangkitan paru-paru pada 20 November tahun, Ungku banyak berkongsi perkembangan mengenai aktres itu kepada peminat.

Untuk rekod, Nad pernah mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Faliq pada 18 Disember 2015 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Fahad Ibrahim, 7, dan Budi Kalsom, 2.

Bagaimanapun, awal September tahun lalu, Nad mengumumkan rumah tangga yang dibina bersama suami selama tujuh tahun berakhir dengan penceraian.

Sumber : MSTAR ONLINE / OMM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*