
Seorang lelaki yang memukul kepala isterinya dengan topi keledar di tepi jalan di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Paloh 2 di sini diberkas semalam.
Lelaki berusia 35 tahun itu dicekup kira-kira pukul 2.30 petang di sebuah rumah di RKT Kesedar Paloh 2.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan mendapati, mangsa merupakan isteri kepada suspek.
Menurutnya, suspek mendakwa berlaku perselisihan faham apabila dia tidak membenarkan isterinya yang bekerja sebagai pembantu kedai pergi ke tempat kerja.
“Lelaki itu memaklumkan bahawa dia meminta mangsa menjaga ibunya yang sedang sakit.
“Pemeriksaan ke atas suspek tidak menjumpai apa-apa barangan salah, namun ujian air kencing mendapati lelaki itu positif da dah jenis methap hetam ine,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurut Choon Foo, polis turut merampas topi keledar berwarna merah yang digunakan oleh suspek semasa memukul isterinya.
Katanya, suspek yang bekerja sendiri direman selama empat hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 323/18 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Terdahulu, tular rakaman video seorang wanita dimarahi, ditampar dan dipukul seorang lelaki menggunakan topi keledar di tepi jalan di media sosial Facebook dan TikTok sejak beberapa hari lalu.
Video berdurasi 1 minit 47 saat itu memaparkan seorang lelaki tidak dapat mengawal ekemarahan apabila menampar muka, menolak sebelum memukul kepala seorang wanita menggunakan topi keledar.
VIDEO:
Sumber – KOSMO! ONLINE
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Be the first to comment