
Di Twitter, seorang individu dilihat mendoakan sesuatu perkara yang tidak baik berlaku terhadap penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Menurut individu tersebut, dia berharap Tokti akan ‘pancit’ ketika melakukan persembahan di konsert A. R Rahman ‘Secret of Success’ Live in Malaysia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.
Berikutan daripada tweet tersebut, Tokti dilihat memuat naik satu ciapan berbentuk teguran kepada individu berkenaan.
MasyaAllah. Kenapa macam tu doanya dik. Alhamdullillah, Allah swt permudahkan persembahan saya. Mungkin adik dah kena tukar gambar profile tu kot sebab cara penulisan tu sesuatu. Ini yang kadang-kadang saya pesan kepada sitizoners tulen. Kita kena selalu hormat menghormati dan beradab.
Menerusi pemerhatian pihak OhBulan! rata-rata peminat Tokti meluahkan rasa geram apabila individu tersebut berdoa sedemikian. Ujar peminat Tokti, penyanyi kesayangan mereka sudah melakukan persembahan yang memukau dan berjaya menerima tepukan berdiri (standing ovation) daripada penonton yang hadir.
Tau takut sampai delete twit
“Bangun pagi ni..terharu baca tulisan & komen di media sosial berkaitan persembahan saya di konsert AR Rahman malam tadi.
Alhamdulillah, tiada apa dapat saya lafazkan, bersyukur dan berterima kasih di atas peluang yang datang, saya berusaha semampu saya untuk memberiikan yang terbaik..bukan untuk diri saya sahaja tetapi buat peminat, penonton dan tentunya buat Malaysia.
Sewaktu menerima emel dari seniman AR Rahman, saya tidak berfikir panjang, terus menerima undangan beliau kerana saya tahu, dalam setiap apa yang kita lakukan, dalam apa bidang sekalipun, kita ada wishlist yang kita ingin capai. Salah satunya saya telah capai malam tadi di konsert AR Rahman.
Setiap ucapan, setiap komen, setiap semangat yang anda berikan, adalah untuk kita semua..muzik menyatukan kita dan kita dapat menyanyikan lagu keharmonian bersama-sama. ❤️❤️
Video: @nabilhussin”
View this post on Instagram
Sumber: Siti Nurhaliza
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Be the first to comment