
Usaha untuk mendapatkan kenyataan daripada pelakon meningkat naik, Sophia AlBarakbah berhubung isu ‘jatuh hati’ terhadap aktor Aliff Aziz gagal apabila pelakon itu tidak hadir ke sidang media drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah hari ini.
Perkara itu dimaklumkan sendiri pada saat akhir oleh wakil produksi dikenali sebagai Farid yang memberitahu ketidakhadiran Sophia berpunca akibat pertukaran jadual.
“Heroin drama Ku Akad Kau Dengan Bimillah (Sophia) tidak dapat hadir dan sedang menjalani penggambaran di Subang, Selangor.
“Sophia terpaksa menyelesaikan penggambaran yang masih berbaki sebelum dia berangkat ke Jakarta, Indonesia pada esok,” ujarnya.
Pada masa sama, Farid yang mewakili Sophia turut memohon maaf kepada sekitar 20 orang wakil media yang datang dan meminta semua untuk memahami masalah tersebut.
“Saya faham perkara ini tidak sepatutnya berlaku namun babak membabitkan Sophia perlu teruskan juga demi memastikan kelancaran penggambaran drama ini. Saya mewakili Sophia mohon maaf,” katanya.
Bagaimanapun, hero drama berkenaan, Aliff Aziz mengotakan janji apabila muncul lebih awal dan bersikap profesional apabila hadir ke sidang media hari ini bagi mempromosikan drama arahan pengarah, Osman Ali itu.
BELLA DEDAHKAN PERBUALAN DIA DAN SOFIA
Menerusi muat naik tangkapan layar yang dilakukan oleh selebriti itu di Instagram, dia telah berkongsi mesej antara dirinya dan Sophia selepas pelakon itu mengaku ‘tersuka’ suaminya sewaktu menjalani pengambaran drama terbaru.
Kenapa lari?
Menerusi posting yang dibuat oleh Bella Astillah, dia mempertanyakan mengapa Sophia cuba untuk lari dan tidak datang ketika press conference drama lakonannya yang bergandingan dengan Aliff Aziz.
Bukan fitnah. Semua sahih!
Pendedahan tersebut dilakukan artis kelahiran Sabah itu susulan ada dakwaan mengatakan dirinya cuba menfitnah ‘heroin drama’ berkenaan.
Jelasnya, dia adalah orang yang paling takut untuk mengeluarkan kenyataan tidak sahih. Dia juga sebenarnya tidak mempunyai perancangan untuk membuat sebarang kenyataan, namun ‘heroin drama’ tersebut terlebih dahulu memberikan ulasan dengan mengatakan tidak mahu melibatkan satu Malaysia dan ingin menyelesaikan masalah ini secara peribadi dengannya.
Merayu jangan beritahu bapa
Isteri kepada Aliff Aziz itu juga berkongsi tangkapan layar mesej Sophia yang merayu kepadanya supaya tidak mendedahkan perkara tersebut kepada umum sebelum ini selepas mengaku ‘tersuka’ suami orang.
Terdahulu, nama Sophia tiba-tiba meledak selepas Bella yang juga isteri kepada Aliff mendedahkan seorang heroin sebuah drama mengakui menyukai suaminya selepas mereka bergandingan dalam sebuah naskhah.
Tanpa mendedahkan nama, Bella bagaimanapun menasihatkan aktres tersebut menjaga maruah diri sebagai seorang wanita dan berhenti mengganggu lelaki berstatus suami orang.
Aliff ketika ditemui media hari ini mengesahkan pelakon yang dimaksudkan Bella itu adalah Sophia.
Perkara itu diakui Aliff, 32, susulan ketika ini dia hanya menjalani penggambaran untuk sebuah drama sahaja iaitu Ku Akad Kau Dengan Bismillah bersama pelakon berusia 29 tahun itu.
Sumber – KOSMO! ONLINE / OMM
Be the first to comment